Sebentar tadi baru saja berlangsung sidang media khas oleh Menteri Kesihatan DS Dr. Adham Baba berkaitan isu semasa COVID-19. Dalam ucapan yang dibuat, sebanyak 125 kes positif baharu COVID-19 dicatat dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 553 kes. Daripada jumlah kes baharu itu, Dr Adham berkata, 95 kes dikesan berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh.
![[TERKINI] - 125 Lagi Kes Baru COVID-19 Dalam Tempoh 24 Jam, Tunggu Pengumuman Khas PM Malam Nanti - YB Menteri Kesihatan](https://files.ajobthing.com/images/mkrb-blog/2020/03/20200316061429-big.png)

