[TERKINI] - Peminjam PTPTN Boleh Tangguh Buat Bayaran Balik
# Trending Semasa

[TERKINI] - Peminjam PTPTN Boleh Tangguh Buat Bayaran Balik

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 22, 2025
pada 4:14 PM

Memahami isu penularan wabak COVID-19 yang melanda rakyat Malaysia sekarang ini, kerajaan bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkuat kuasa serta merta selama tiga bulan.

 

PTPTN turut mengeluarkan kenyataan di mana penangguhan yang diberikan ini dijangka akan memberi manfaat dan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam PTPTN membabitkan jumlah kutipan bagi tempoh penangguhan ini sebanyak RM375 juta.

“Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi PTPTN melalui talian Careline di 03 - 2193 3000 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Peminjam boleh layari laman web rasmi www.ptptn.gov.my  untuk maklumat lanjut.