AEON Perkenalkan Servis ‘Personal Shopper’ Lepas Ni Si Suami Dah Tak Cemas, Kalau Beli Barang Dapur
# Gaya Hidup

AEON Perkenalkan Servis ‘Personal Shopper’ Lepas Ni Si Suami Dah Tak Cemas, Kalau Beli Barang Dapur

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Mar 25, 2020
pada 12:06 PM

Biasa pernah dengar kaum lelaki salah beli barang dapur? biasanya kalau isteri sebut "abang beli dua 10kg beras, 2 ekor ayam dan 5 labu bawang putih.. Ahhh! apa dua labu bawang? Biasanya si suami akan tanya "labu ke bawang ni"? hahha kan dah confius..

Kini telah berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana orang ramai diminta untuk stay at home bagi mengelakkan daripada penularan wabak COVID-19.

Berdasarkan arahan yang dikeluarkan, hanya ketua keluarga yang dibenarkan keluar sekiranya perlu mendapatkan barang keperluan di rumah khususnya barangan makanan.

Selepasa arahan tersebut, pihak si suami sekaligus dapat dilihat perkongsian si suami di media sosial yang tersilap dan cemas dalam mendapatkan barangan yang dipesan.

Dalam usaha untuk ‘meringankan beban’ si suami mendapatkan barangan yang dikhendaki serta memenuhi keperluan senarai barangan yang diperlukan si isteri, AEON telah memperkenalkan servis personal shopper dimana para pembeli berpeluang memberikan senarai barangan dan seterusnya bakal dibantu oleh para pekerja yang bertugas.

Lebih menarik, para pembeli berpeluang berada di dalam kereta atau duduk menantikan senarai barangan yang dipesan diuruskan oleh personal shopper AEON. Menarik bukan? Pastinya si suami tiada lagi masalah untuk mendapatkan senarai barangan dapur dengan servis daripada AEON.