Hari Ini, Korang Boleh Tebus Data Internet PERCUMA! Sepanjang Tempoh PKP, Lihat Caranya..
# Trending Semasa

Hari Ini, Korang Boleh Tebus Data Internet PERCUMA! Sepanjang Tempoh PKP, Lihat Caranya..

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Mar 31, 2020
pada 10:26 AM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion pada 27 Mac lepas. Ia bertujuan melindungi rakyat sekaligus membantu memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan Covid-19. Daripada keseluruhan jumlah tersebut, kerajaan turut memperuntukkan pakej Internet khas percuma bernilai RM600 juta kepada semua pelanggan sehingga tempoh Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) tamat.

Antara inisiatif yang diambil adalah semua pengguna talian mudah alih termasuk pasca bayar dan prabayar UMobile, Celcom, Digi serta Maxis akan menerima data Internet berkelajuan tinggi sebanyak 1GB secara percuma bermula hari ini dan juga permohonan bantuan wang. Penawaran data ini boleh digunakan antara jam 8 pagi sehingga 6 petang dan penggunaannya adalah bebas mengikut kehendak pelanggan.

Selain daripada itu, setiap syarikat telekomunikasi turut menawarkan sejumlah pakej menarik khusus buat pelanggan mereka. Ia secara tidak langsung dapat mengelakkan masalah kekurangan data yang dihadapi pengguna terutamanya bagi mereka yang perlu bekerja daripada rumah. Tapi bagaimana untuk menebusnya?

1. Maxis – Perlu Ditebus Setiap Hari
 

Penawaran data percuma ini tersedia untuk semua pelanggan pascabayar dan prabayar Maxis (kecuali pengguna MaxisONE). Penebusan perlu dibuat setiap hari dan hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang sahaja (penggunaan di luar waktu yang dinyatakan akan diambil kira daripada data sedia ada). Penebusan data boleh dibuat menerusi tiga aplikasi berbeza Maxis bergantung kepada talian mudah alih yang digunakan.
 

  • Aplikasi MyMaxis – Klik “Get More Data” – pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
  • Aplikasi MyMaxis Biz – Klik “Get More Data” – pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
  • Aplikasi Hotlink RED – Klik banner utama – pilih “Free 1GB/ Day Pass”. Anda juga boleh aktifkan data ini menerusi tab ‘Shop’


* Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman Maxis


2. UMobile – Daftar & Terima Secara Automatik
 

UMobile menawarkan data percuma ini kepada semua pelanggan semua pelanggan pascabayar, prabayar dan broadband (kecuali pengguna WeChat Go). Data ini tersedia untuk semua perkhidmatan Internet termasuk melayari web, penstrumab video serta perkhidmatan lain dan boleh digunakan untuk hotspot.

Sama seperti Maxis, data ini hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang dan penggunaan luar julat waktu ini akan diambil daripada pakej data langganan. Bagaimanapun, pelanggan perlu memastikan talian adalah aktif untuk penggunaan data percuma ini. Untuk makluman, penebusan hanya perlu dilakukan sekali sahaja dan akan diterima secara automatik sehingga tempoh PKP tamat. Pengguna boleh menyemak baki kuota dengan mendail 1186# untuk prabayar atau 1187# untuk pascabayar. Untuk penebusan, sila dail:
 

  • *118*6*7# untuk pengguna prabayar
  • *118*7*6# untuk pengguna pascabayar


* Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman Umobile


3. Celcom – Penebusan Tidak Diperlukan
 

Tidak seperti Maxis dan UMobile, pelanggan Celcom tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ia akan tersedia secara automatik di dalam akaun setiap hari. Data internet ini juga hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang dan baki data yang tidak digunakan akan terhapus serta tidak boleh di bawa ke lain hari.

Penggunaan untuk hotspot juga dibenarkan untuk tawaran data percuma ini. Internet percuma hanya boleh digunakan untuk kegunaan domestik sahaja. Pelanggan boleh menyemak baki kuota data ini menerusi aplikasi Celcom Life atau mendail nombor di bawah,
 

  • *118*1*1*2# untuk pengguna prabayar
  • *118# untuk pengguna pascabayar


* Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman Celcom


4. Digi – Internet dan Panggilan Percuma
 

Untuk memberikan lebih banyak fleksibiliti, semua pelanggan pascabayar dan broadband Digi akan menerima data Internet percuma sebanyak 1GB setiap hari. Malahan pemberian data percuma ini telah diumumkan oleh Digi lebih awal lagi (sejak 21 Mac) berbanding telko lain.

Data ini boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang dan penebusan boleh dibuat menerusi aplikasi MyDigi. Selain itu, mana – mana pelanggan prabayar Digi yang menambah nilai RM10 dan keatas layan menikmati Internet serta panggilan percuma seperti berikut :
 

  1. Panggilan percuma selama 5 minit + 300MB Internet dengan tambah nilai RM10 hingga RM29.99. Sah selama 3 hari
  2. Panggilan percuma selama 15 minit + 1GB internet dengan tambah nilai RM30 dan ke atas. Sah selama 7 hari.


Selain daripada itu, Digi turut memberikan akses percuma selama 1 bulan untuk pusat pembelajaran digital, jomstudi. Selain itu, pelanggan juga boleh membeli akses percuma 1 selama bulan untuk UPSR dan kurikulum SPM di Classruum dengan hanya RM1.

* Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman Digi


5. YooDo – Tiada Had Penggunaan