Pakar Nasihat Elak Pakai Baju Kurung Dengan Blazer Pergi Interview / Majlis Formal, Kenapa?
# Pengetahuan Interview

Pakar Nasihat Elak Pakai Baju Kurung Dengan Blazer Pergi Interview / Majlis Formal, Kenapa?

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 17, 2021
pada 2:44 PM

Korang pernah tak pakai baju kurung bersama blazer dan menghadiri upacara formal dan rasmi? Nampak macam bukan satu isu yang besar bukan? Tetapi kalau korang nak tahu, ianya perlu dielakkan sama sekali. Baju kurung itu sendiri sudah cukup formal dan tidak perlu ditambah dengan memakai blazer.

Baca dahulu penjelasan ini dan apa yang boleh digantikan dengan pemakaian blazer.

"Pilih satu sahaja gaya pemakaian, sama ada untuk memilih gaya pemakaian timur atau barat" 

 

Tips pemakaian blazer untuk majlis rasmi

Semua sedia maklum bahawa baju kurung itu adalah budaya timur dan juga  dianggap sebagai pakaian rasmi. Ianya menjadi satu trend dimana para guru memakai baju kurung bersama blazer dalam menghadiri majlis formal. Ianya harus dielakkan sama sekali. 

Ianya tidak salah jika para guru mahu memakai blazer tetapi perlulah berpadanan dengan pakaian dan tahu akan etika pemakaian mengikut acara yang dihadiri. Kalau tersalah pilihan pemakaian, orang sekeliling akan anggap korang ini tidak serius! 

Untuk acara formal, blazer atau jaket perlulah lebih panjang daripada ukuran blaus atau kemeja yang dipakai. Blazer pendek nampak lebih santai dan tidak sesuai untuk acara formal. Jika masih ragu-ragu, boleh digantikan dengan pashmina atau selendang sahaja. Pemilihan yang lebih selamat tetapi pastikan selendang itu tidak bercorak dan berwarna lembut.

Harap perkongsian ini informatif dan berguna buat semua!