Viral Hantar Makanan Naik Ferrari Masa PKP, 'Owner' Restoran Ni Dedah Kenapa Dia Buat Begitu
# Trending Semasa

Viral Hantar Makanan Naik Ferrari Masa PKP, 'Owner' Restoran Ni Dedah Kenapa Dia Buat Begitu

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 14, 2020
pada 4:48 PM

Kelmarin seorang lelaki viral di sosial media atas sebab dia membuat penghantaran makanan menggunakan kereta Ferrari merah miliknya itu. Oh rupa-rupanya beliau memiliki sebuah restoran makanan di Kuching, Sarawak.

Kegiatannya menghantar makanan kepada pelanggan dengan memandu kereta Ferrari F430 berwarna merah itu telah menarik perhatian penduduk di Sarawak sehinggakan beliau menjadi viral di sosial media.

 

 

 

Menurut Kenneth Chong yang merupakan pemilik restoran Southbank Grill & Chill, tindakannya itu merupakan antara strategi yang digunakan untuk melariskan jualan. Dia tak menyangka tindakannya itu diterima baik oleh ramai pelanggan sehingga menjadikan dia viral.

“Saya memilih cara ini kerana ingin menggembirakan semua orang di saat PKP ini, ramai pelanggan yang mahu bergambar dengan kereta saya," jelasnya.

 

“Kereta ini jarang digunakan dan hanya di parkir di rumah, jadi saya merasakan ini waktu yang sesuai dengan menghantar makanan kepada pelanggan menggunakan kereta ini.''

Lebih menggembirakan lagi, tempahan makanan yang diterimanya juga semakin meningkat kerana ramai pelanggan mula tertarik dengan kaedah penghantaran tersebut. Wah, murah rezeki dia!

Semoga perniagaan beliau akan terus maju ya!