Berita Baik! Bayaran Bantuan Prihatin Nasional, BSN Dibuka Hujung Minggu, Semak Waktu Operasi Ikut Negeri Di Sini
# Trending Semasa

Berita Baik! Bayaran Bantuan Prihatin Nasional, BSN Dibuka Hujung Minggu, Semak Waktu Operasi Ikut Negeri Di Sini

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 16, 2020
pada 12:04 PM

Bank Simpanan Nasional (BSN) menyokong penuh inisiatif dan keprihatinan kerajaan dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang telah terjejas oleh wabak COVID-19 yang melanda pada ketika ini. 

Sehubungan dengan itu, pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah pun diberikan secara berperingkat bermula 6 April 2020 (Isnin) hingga 15 April 2020 (Rabu). 

Pembayaran BPN akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda. Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS di seluruh negara, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Berikutan bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN), waktu operasi Cawangan BSN terpilih akan dilanjutkan seperti jadual di bawah:

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1300-88-1900.