Diiktiraf Antara 3 Doktor Terbaik Tangani Krisis Covid-19, Respon Dr Noor Hisham Buat Ramai Terharu Sebab...
# Trending Semasa

Diiktiraf Antara 3 Doktor Terbaik Tangani Krisis Covid-19, Respon Dr Noor Hisham Buat Ramai Terharu Sebab...

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 16, 2020
pada 4:05 PM

Di media sosial rata-rata mengambil peluang untuk memberikan ucapan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah apabila beliau telah dinamakan sebagai antara doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN), berdasarkan kewibawaan beliau menangani krisis COVID-19.

 

 

Dr Noor Hisham adalah antara tiga doktor terulung peringkat global dalam perang menentang coronavirus, selain pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield.

Dr Noor Hisham sentiasa dipuji oleh rakyat kerana sentiasa berjaya memberikan maklumat terkini mengenai COVID-19 di media sosial, berlandaskan rumusan berasaskan fakta dan statistik. Bukan itu saja, sikapnya yang tenang dan meyakinkan ketika memberikan maklumat tentang wabak Covid-19 dari semasa ke semasa turut mendapat pujian ramai.


''Saya rasa isu pengiktirafan itu adalah kepada negara kita. Apa yang penting, Jabatan Kementerian Kesihatan sentiasa bekerja sebagai satu pasukan dan kita memberi nasihat. 

Saya rasa bersyukur dan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua kementerian yang bekerjasama melaksanakan MCO ini,'' katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak frontliners kerana bersama-sama membantu memastikan kawalan pergerakan di Malaysia dapat disempurnakan dengan baik. 

 

''Pengiktirafan itu bukan untuk saya, tapi untuk negara.'' - Dr Noor Hisham

 

Apa-apapun, rakyat Malaysia sangat bertuah dan bersyukur kerana memiliki insan hebat seperti Doktor terutamanya dalam menangani wabak Covid-19 ini. Terima kasih, Dr Noor Hisham!