Sepanjang PKP Universiti Harvard Tawar Sebanyak 63 Kursus Dalam Talian Secara Percuma.
# Gaya Hidup

Sepanjang PKP Universiti Harvard Tawar Sebanyak 63 Kursus Dalam Talian Secara Percuma.

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Apr 19, 2020
pada 6:17 PM

Sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan, mesti pelbagai aktiviti anda sudah lakukan di rumah sehingga sudah bosan dan tidak tahu ingin buat apa, bukan? Apa kata anda isikan masa terluang anda dengan ikuti kursus secara dalam talian untuk tambahkan ilmu pengetahuan anda.

Tipulah jika ada daripada anda yang tidak pertimbangkan untuk ambil kursus dalam talian tetapi teragak-agak kerana yuran yang dikenakan, bukan? Jangan risau, Universiti Harvard kini tawar sebanyak 63 kursus dalam talian secara percuma.

screenshot-2020-04-17-at-12-14-43-am.png

Anda tidak salah lihat, memang secara percuma. Kursus percuma itu meliputi bidang yang luas termasuk kesihatan dan perubatan, programming, perniagaan, ilmu kemanusiaan, seni rekaan dan pelbagai lagi.

Setiap kursus akan mengambil masa antara satu hingga 12 minggu, bergantung pada kursus tersebut dan juga boleh memilih tahap kesukaran kursus. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman sesawang Universiti Harvard di sini.

Menarik tawaran yang diberikan oleh Universiti Harvard ini dan pastinya anda dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan skil sepanjang musim PKP ini. Tunggu apa lagi?