Kerajaan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) menambah peruntukan sebanyak RM530 juta untuk memberikan diskaun elektrik antara 15 peratus hingga 50 peratus kepada pengguna.


by Aidil Aizuddin
Kerajaan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) menambah peruntukan sebanyak RM530 juta untuk memberikan diskaun elektrik antara 15 peratus hingga 50 peratus kepada pengguna.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemberian diskaun tambahan kepada pengguna elektrik domestik di Semenanjung Malaysia.
Diskaun bil elektrik di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN Rakyat ini adalah diberikan untuk tempoh enam bulan mulai penggunaan elektrik 1 April sehingga 30 September 2020 untuk semua kadar diskaun.
Lihat cara untuk dapatkan kadar diskaun sehingga 50% di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
Untuk mendapatkan diskaun 50% bil elektrik selama 6 bulan, apa yang perlu anda lakukan adalah memastikan penggunaan elektrik rumah anda tidak melebihi 200kWh atau RM43.60 sebulan.
Penerangan ringkas diskaun bil elektrik TNB di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN ini adalah seperti di bawah.
Pengiraan kadar diskaun bil elektrik setiap bulan adalah dilakukan berdasarkan kadar kWh yang digunakan mengikut kadar berikut:
Untuk menyemak kadar penggunaan kWh elektrik anda, anda boleh semak pada bil elektrik anda di bahagian dalam kotak merah di bawah.