Karier Stabil, Simpanan RM20K Sebelum Umur 30 & 12 Lagi Target Hidup Yang Wajib Korang Masukkan Dalam List!
# Gaya Hidup

Karier Stabil, Simpanan RM20K Sebelum Umur 30 & 12 Lagi Target Hidup Yang Wajib Korang Masukkan Dalam List!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 26, 2022
pada 1:53 PM

Setiap individu ada target yang ingin dicapai dalam kehidupan masing-masing. Walaubagaimanapun, target setiap orang adalah berbeza-beza. Contohnya, bagi perempuan, ramai yang target nak kawin dalam lingkungan 25 tahun. Ada yang ingin memiliki rumah sendiri selepas tamat belajar. Ada juga yang ingin mempunyai karier yang stabil menjelang usia 30 tahun. 

Jadi, apakah #lifegoals korang sebelum mencecah usia 30 tahun nanti? Atau adakah korang masih samar-samar dengan apa yang korang ingin capai dalam kehidupan? Kalau yang masih samar-samar tu, cuba semak thread yang diambil menerusi akaun twitter @HalalMoneyMy ni. Boleh jadikan panduan hidup korang!

 

1. Katakan kita sekarang umur 23. Baru start kerja. Baru nak mulakan hidup. Kita ada masa 7 tahun untuk stabilkan karier.

 

2. Katakan kita target by age 30, ada simpanan RM20K.Ada masa lagi 7 tahun nak achieve. Jadi every year berapa minimum kita kena simpan.

 

3. Salah satu cara korang nak dapat rumah sesuai dengan bajet korang adalah approach REN yang trusted dan tanya ada tak rumah yang sesuai.

 

4. Ada tempat yang public transport tidak begitu banyak. Jadi memerlukan kenderaan untuk bergerak. Tengok keperluan. Beli aje lah kereta.

 

5. Dapatkan perlindungan takaful yang sesuai untuk diri dan juga untuk lindung pendapatan kita.

 

6. Melabur memerlukan ilmu. Ia bukan sekadar awak letak duit then...tada!dapat juta juta. NO! Kena scam,sia sia aje.

 

7. Pergi berkawan dengan orang yang positif dan boleh bantu awak.

 

8. Belajar takkan habis sampailah kita meninggal nanti. So keep on learning and share with others.

 

9. Ada duit, terus daftar haji. Setiap bulan, boleh menyimpan dalam tabung haji. Biar dia beranak dalam tu.

 

10. Cuba tengok skill yang kita ada dan cuba asah supaya ia makin power.

 

11. Selagi mereka masih ada,bahagiakan mereka mengikut kemampuan kita.

 

12. Ini sebenarnya sangat subjektif. Jodoh dan kahwin. Kita hanya mampu usaha, Allah yang akan tentukan.

 

13. Ada orang target nak financial freedom(FF) sebelum umur 30 tahun. Umur 23, set nak FF before 30, power. Rangka strategi dan go for it okay.

 

14. Ada orang target nak ada lebih banyak duit bukan sebab dia kapitalis. Cuma dia nak beri lebih banyak lagi kepada orang lain.