Ini Trick Nak 'Block' Iklan Masa Main Game & 4 Lagi Fungsi Smartphone Ramai Tak Pernah Guna Sebab Tak Tahu!
# Gaya Hidup

Ini Trick Nak 'Block' Iklan Masa Main Game & 4 Lagi Fungsi Smartphone Ramai Tak Pernah Guna Sebab Tak Tahu!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 21, 2020
pada 2:54 PM

Zaman sekarang, agak mustahil nak jumpa orang yang tak guna smartphone ni. Smartphone ni bukan saja orang dewasa je yang guna, tetapi kanak-kanak dan budak sekolah pun kebanyakannya dah ada smartphone. 

Dah nama pun smartphone kan, mestilah ada banyak perkara tersembunyi yang korang boleh buat dengan smartphone ni. Tapi korang tahu tak, terdapat 5 hacks yang korang boleh buat dengan menggunakan smartphone? Semuanya sangat berguna dan menyenangkan kerja korang weh! 

 

1. Block Iklan Masa Main Game

Senang je, tukarkan kepada Airplane Mode. Boleh digunakan untuk iOS dan Android.

 

2. Buat Ayat Untuk Balas Missed Calls

Pergi Settings, Phone, kemudian Respond with Text dan buat mesej sendiri.

 

3. Android Guest Mode

Taknak orang selongkar phone korang? Rileks, korang boleh setkan phone korang kepada 'Guest Mode.'

 

4. Ambil Gambar Sambil Shoot Video

Korang nak tangkap gambar masa tengah shoot video? Tekan je pada button kamera!

 

5. Boleh Sambung Keyboard Ke Phone

Beruntung pengguna Android! Kalau terpaksa menaip sesuatu yang panjang, korang boleh sambungkan phone korang dengan keyboard tau!