Bermula 4 Mei 2020, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
![[KEMASKINI] - Ini 23 Senarai Aktiviti Yang Tak Dibenarkan Beroperasi Semasa Tempoh PKPB](https://files.ajobthing.com/images/mkrb-blog/2020/05/20200504113922-big.png)

by Haziqah Muhamad
Bermula 4 Mei 2020, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Namun harus diingatkan, tidak semua sektor dan aktiviti yang dibenarkan untuk beroperasi. Bagi yang inginkan kepastian, boleh rujuk di bawah untuk lihat senarai aktiviti yang masih tidak dibenarkan untuk beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
[KEMASKINI] - Senarai 23 Aktiviti Yang Dilarang
1.Hiburan dan Riadah
❑ Panggung Wayang
❑ Pusat Karaoke
❑ Taman Tema
❑ Muzium
❑ Busking
❑ Pusat Refleksologi
❑ Pusat Hiburan
❑ Kelab Malam
2.Perayaan, Perarakan dan Perhimpunan
❑ Perarakan Keagamaan
❑ Aktiviti agama berjemaah di Masjid / Rumah Ibadat
❑ Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Pasukan Keselamatan (Perarakan)
❑ Sambutan Hari Raya kecuali dengan ahli keluarga terdekat
❑ Perhimpunan bulanan Jabatan kerajaan dan swasta
❑ Majlis perasmian
3. Persidangangan dan Pameran
❑ Pameran Kerjaya
❑ Pameran Perkahwinan
❑ Promosi dan Pakej Pelancongan
❑ Karnival Jualan
❑ Semua Jenis Persidangan yang melibatkan kumpulan yang ramai
4. Pendidikan
❑ Semua sekolah (rendah/menengah) dan IPTA/IPTS kekal ditutup sehingga
dimaklumkan kelak
❑ Sukan semasa sesi persekolahan
❑ Aktiviti kokurikulum bersemuka
❑ Sebarang bentuk perhimpunan sekolah
❑ Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang
5. Sukan
❑ Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong / penonton yang ramai
(stadium)
❑ Acara berkumpulan di luar (outdoor )yang melebihi 10 orang contoh larian, kayuhan
basikal, konvoi motosikal dan sebagainya
❑ Segala aktiviti sukan dalaman (indoor sports including gymnasiums)
❑ Kolam renang
❑ Sukan bersentuhan (Contact Sports) contoh ragbi, gusti, boxing, bola sepak, bola
keranjang
6. Aktiviti Sosial
❑ Kenduri – kendara
❑ Majlis Berbuka Puasa
❑ Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya
❑ Rumah Terbuka
❑ Majlis-majlis sosial, kemasyarakatan & budaya (i.e ceramah, gotong-royong, lawatan dan
seumpamanya)
7. Pengangkutan
❑ Kapal Persiaran
8. Perniagaan Berpremis / Penjajaan Tanpa Premis / Pasar Berbangunan / Pasar Tanpa
Premis / Peruncitan / Serbaneka Makanan & Minuman
❑ Bilangan pelanggan yang terlalu ramai pada satu-satu masa (tertakluk kepada pengiraan
radius jarak minimum 1m)
❑ Bazar Ramadan
❑ Bazar Hari Raya
❑ Karnival Jualan
9. Kemudahan penginapan berpusat pekerja (CLQ)/ hostel/ asrama pekerja di sektor
pembuatan dan lain-lain sektor
❑ Terima pelawat
❑ Bersosial dan bersukan secara berkumpulan
❑ Solat berjemaah/Aktiviti aktiviti ibadah lain
10. Pemasangan dan penyenggaraan jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain)
bagi sektor perkhidmatan/ tower crane di tapak bina
❑ Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih dari 10 orang
11. Kedai Pakaian Dan Aksesori Fesyen
❑ Aktiviti Fitting Pakaian
12. Dobi (khusus dobi layan diri)
❑ Aktiviti melipat pakaian
13. Ceramah/Seminar/Kursus/Latihan secara bersemuka
14. Aktiviti Pensijilan Bagi Agrikomoditi
15. Kedai gunting rambut dan salun kecantikan
16. Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan
❑ Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusi
kewangan, atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini sehingga di umumkan
kelak
17. Pengurusan Perhutanan
❑ Ekopelancongan Hutan
❑ Latihan Perhutanan
18. Perlombongan Dan Pengkuarian
❑ Permohonan baharu bagi Peperiksaan Teori & Amali Pembedil (Peletupan)
19. Perladangan dan Pertanian
❑ Hari Bertemu Pelanggan
❑ Hari Jualan Barang Bekalan Ladang (BBL)
❑ Pesta makan buah-buahan
❑ Kursus/ Seminar
❑ Konvokesyen Institut Pertanian
❑ Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya
20. Perikanan
❑ Aktiviti perikanan rekreasi (termasuk kolam pancing ikan/udang komersial)
❑ Pusat Taman Laut, pameran dan akuarium
21. Seni Kreatif
❑ Penggambaran filem/drama/dokumentari/komersial
❑ Acara/Konsert/Persembahan Kebudayaan
❑ Program yang melibatkan orang awam di studio atau tempat awam
22. Kebudayaan Dan Kesenian
❑ Pameran yang melibatkan interaksi antara pekarya dan pelawat
23. Pelancongan dan Perhotelan
❑ Penggunaan Fasiliti Hotel Seperti Surau, Gimnasium, Spa, Sauna, Lounge, Kolam
Renang, Bilik Mesyuarat, Dewan Seminar, Bilik Latihan, Restoran Dan Café (Bagi Tujuan
Buffet)
Senarai lengkap perniagaan atau aktiviti yang tidak dibenarkan boleh dirujuk di laman web Majlis Keselamatan Negara.