Surat tawaran kerja ataupun offer letter merupakan surat tawaran rasmi yang diberikan oleh bakal syarikat kepada pekerja yang bakal berkhidmat di syarikat tersebut nanti. Sebelum calon menerima surat tawaran kerja tersebut, mereka perlulah melepasi sesi temuduga yang telah ditetapkan oleh syarikat tersebut. Bila temuduga dah berjaya, baru keputusan diberikan dan surat tawaran kerja akan diberikan.