Hampir 'Bengong' Tanggung Hutang Sampai 1 Juta, Ini Kisah Benar Tentang Kartunis Ujang
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Hampir 'Bengong' Tanggung Hutang Sampai 1 Juta, Ini Kisah Benar Tentang Kartunis Ujang

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 3, 2021
pada 7:40 AM

Hampir 'Bengong' Tanggung Hutang Sampai 1 Juta, Ini Kisah Benar Tentang Kartunis Ujang

Korang pasti kenal kartunis Ujang yang popular zaman 90an dengan komik Ujang, Aku Budak Minang & juga majalah Gila-Gila. Team Maukerja sempat menemubual beliau bagi mengetahui tentang perjalanan hidupnya sebagai seorang kartunis yang jarang-jarang dikongsikan dengan umum.

 

 

Ikuti temubual eksklusif bersama kartunis Ujang, Ibrahim Anon...

 

Pengenalan diri

Nama saya Ibrahim Bin Anon. Kalau tengok dekat Malaysia ni kartunis paling banyak naik mahkamah, sayalah. Saya juga mungkin antara kartunis pertama yang tanggung hutang sampai 1 juta. Aset-aset saya semua dibekukan, tahun 2000 saya bankrup. Dalam tempoh setahun tu saya jadi macam 'bengong,' saya banyak termenung memikirkan masalah, rasa diri ni malang...

 

''Dalam tempoh 20 tahun saya tak pernah ada kerja tetap...''

Disebabkan itu, saya tukar karier. Daripada seorang pelukis kartun, saya pergi ke bidang agritourism. Dalam tempoh 20 tahun saya tak pernah ada kerja tetap. Saya buat-macam-macam. Zaman sekarang ni tak sama macam tahun 80-an. Kalau awak jadi cikgu, jadi cikgu sampai pencen. Zaman sekarang ni zaman kita grab je peluang yang ada. Apa saja asalkan rezeki tu halal. 

 

''Kadang-kadang buat bersunguh, tapi orang tak bayar pun ada...''

Sebagai freelance artist, saya terima sebarang kerja yang selagi kerja tu saya mampu buat, saya akan buat. Kadang-kadang kita buat simple-simple, orang bayar kita mahal. Kadang-kadang buat bersunguh, tapi orang tak bayar pun ada. Masa di Majalah Gila-Gila, gaji saya RM3,000 sebagai Ketua Unit Kartunis. Kemudian saya kira, gaji saya RM3,000, majalah ni laku sampai 300,000 ribu. Kenapa saya dapat sikit sangat? Sebab saya tahu saya buat kerja banyak. Jadi apa saya buat, saya berhenti dan buat majalah saya sendiri. Sebab tulah keluar majalah Ujang. Bila kita buat majalah Ujang, kita bos, kita punya, memang kita dapat banyak tapi tanggungan pun banyak juga. 

Jadi kalau ada yang rasa gaji dibayar sikit, berhentilah. Tapi jangan menyesal... Tapi kelebihannya, kita belajar. Sampai satu masa tu kita dah ada ilmu dan boleh buat sendiri, kita buat sendirilah. 

 

''Jangan persoal kita berjaya ke tak berjaya, itu bukan urusan kita...''

Kalau awak melukis dan pakai kereta mewah, automatik orang akan kata seni tu terbaik. Tu cara mentaliti orang kita. Apa kau kerja ni lukis kartun? Cuba tengok kawan kau ni jadi cikgu, engineer, arkitek... Jangan persoal kita berjaya ke tak berjaya, itu bukan urusan kita. Pencapaian tu semua untuk motivate diri kita je. 

Kita pernah jadi Malaysian Book of Record, animasi bersiri yang pertama pergi ke luar negara. Bila kita buat satu benda, kita akan nampak peluang-peluang lain. 

 

''Pesanan terakhir daripada kartunis Ibrahim Anon..''

Macam mana pun kita, kerja apapun kita buat, kita semua datang daripada Allah. Jadi jangan tinggal solat.

 

Tonton video penuh: