Pemohon BPN Yang Tidak Lulus Tetapi Hilang Kerja / Pendapatan Berkurang, Ini Cara Buat Rayuan
# Trending Semasa

Pemohon BPN Yang Tidak Lulus Tetapi Hilang Kerja / Pendapatan Berkurang, Ini Cara Buat Rayuan

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

May 11, 2020
pada 9:37 AM

Keputusan permohonan Bantuan Prihatin Nasional baru-baru ini telah diumumkan dan bagi yang permohonannya diluluskan, bayaran akan diberikan dalam masa terdekat.

Namun, ada juga yang mengadu permohonan mereka tidak lulus sedangkan mereka kehilangan pekerjaan atau pendapatan berkurangan sepanjang tempoh PKP (ada juga syarikat yang sudah tidak aktif lagi). Bagi golongan yang disebutkan ini, korang masih berpeluang untuk menerima bantuan menerusi rayuan. 

 

 

Cara Buat Rayuan Bantuan Prihatin Nasional

  1. Pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan. 
  2. Kemudian, emelkan ke rayuanbpn@hasil.gov.my atau hadir di mana-mana pejabat LHDNM. 

 

Tempoh permohonan rayuan bagi BPN akan dilanjutkan sehingga 31 Mei 2020.

Pejabat LHDNM akan dibuka bermula 11 Mei 2020 atau 12 Mei 2020 (berdasarkan hari bekerja setiap negeri) bagi menerima rayuan tersebut.