Ini 10 Cadangan Movie Korea Korang Wajib Tengok Walaupun Tak Minat Korea!
# Gaya Hidup

Ini 10 Cadangan Movie Korea Korang Wajib Tengok Walaupun Tak Minat Korea!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

May 14, 2020
pada 5:08 PM

#1 Miracle in Cell No. 7

Genre: Drama / Family / Comedy

Cerita ni sumpah sedih. Sesuai ditonton kalau rasa nak layan perasaan malam-malam. Mengisahkan tentang seorang ayah yang ade mental problem difitnah sehingga dimasukkan ke dalam penjara ketika anak perempuannya berumur 6 tahun. Mereka hanya tinggal berdua jadi kawan-kawan ayahnya dalam penjara tu tolong laki tu untuk sorok-sorok masukkan anak dia sekali.

Jom layan trailer dia:

#2 The Battleship Island

Genre: History / Action

Set movie ni ialah pada 1945, waktu zaman korea dijajah oleh Jepun. Tentang ramai orang Korea dipaksa bekerja di Jepun dan meraka di layan dengan sangat teruk. Lee Kang-Ok merupakan ketua satu kumpulan pemuzik juga salah seorang yang tertipu dan terpaksa menjadi buruh. Lebih teruk lagi, dia membawa anak perempannya yang masih kecil ikut bersama.

Jom layan trailer dia:

 

#3 A Werewolf Boy

Genre: Fantasy / Romance

Mengisahkan tentang seorang wanita yang berjumpa dengan lelaki yang bersikap seperti haiwan yang dilakoni oleh Joong Ki.Yang mana dia ni tak ade skill manusia langsung, jadi perempuan tu pun banyaklah mengajar lelaki tu bercakap menulis dan macam-macam lagi skill manusia supaya lelaki tu dapat hidup macam manusia lain. Mereka mula jatuh cinta tapi dihalang oleh penduduk kampung.

Jom tengok trailernya:

 

#4 Midnight Runners

Genre: Comedy / Action

Jock Gi-jun (Park) si blur dan Hee-yeol (Kang) si ulat buku merupakan pelajar di Seoul’s prestigious Police University yang selalu bergaduh. Tapi, satu malam diorang dua ni sama-sama nampak seorang perempuan kena culik dan diorang report kepada bihak berkuasa tapi mereka tidak memandang kes ini serius sebab diorang busy uruskan kes penculikan orang atasan. Jadi si Park dan Kang ni pun bekerjasama untuk menyelesaikan kes itu sendiri. Cerita ni lawak habis! Memang wajib tengok kalau bosan.

Jom layan trailer!

 

#5 Forgotten

Genre: Thriller / Mystery

Jin Seok pindah ke rumah baru yang besar bersama ibu, ayah dan abangnya. Satu malam dia nampak depan mata dia sendiri abang dia kena culik.19 hari kemudian abang dia balik tanpa ingatan tentang kejadian tersebut. Tapi, adik dia ni dapat rasakan sesuatu yang pelik dengan sikap abang dia ni. Tambah lagi dalam rumah tu ade satu bilik yang ayah dia larang untuk sesiapa masuk. Cerita ni punya plot twist memang gempak dan unexpected.

Jom layan trailer Forgotten!

 

#6 The Chaser

Genre: Action / Crime

Pasal detective yang hebat cuba untuk mencari pembunuh bersiri yang membunuh ramai wanita. Seriel killer ni bunuh mangsa dia dengan sangat jijik dan kejam. Cerita ni juga turut mengkritik tindakan pihak polis yang tak efficient dan ahli politik yang tak boleh harap. Movie ni x meleret and semua part dia best giler.

#7 A Taxi Driver

Genre: History / Action

Cite ni based on true story pada tahun 1980, seorang pemandu teksi dari Seoul yang diupah oleh seorang wartawan luar untuk bawa dia pergi ke bandar Gwangju. Bila diorang sampai, rupanya bandar tu dibawah pengepungan tentera kerajaan. So diorang ni berusaha untuk keluar dari situ.

Jom layan trailer dia!

 

#8 Oldboy

Genre: Action/ Crime / Thriller

Oh Dae Su, seorang ahli perniagaan yang diculik secara tiba-tiba dan dikurung selama 15 tahun. Dengan kehidupannya yang tunggang langgang setelah dibebaskan dia hanya ada satu motif iaitu untuk mencari dan menghukum orang yang bertanggungjawab diatas penculikannya itu. Kalau korang nak tau sebab ape dia diculik then tengoklah ceritani.

Ini trailer dia:

 

#9 The Flu

Genre: Action / Science Fiction

Ade satu tempat dekat Korea ni nama Bundang telah dijangkiti wabak virus yang dibawa oleh pendatang tanpa izin ke negara mereka. Bilangan orang yang dijangkiti pun semakin meningkat menyebabkan kerajaan jadi huru-hara untuk menangani virus ni daripadan tersebar. Pihak kerajaan kuarantinkan penduduk tempat ni daripada keluar dan cuba untuk mencari serum darah yang dapat merawat virus ni. Cerita ni punya plot memang macam cliché tapi cara dia olah tu memang boleh buat korang nangis weih.

Jom layan trailernya!

#10 The Wailing

Genre: Horror / Thriller

Mengenai seorang polis bernama Jong Goo yang menyiasat tentang satu pembunuh bersiri dan penyakit misteri. Pada mulanya pihak polis beranggapan kes ini hanyalah kes pembunuhan yang biasa, tapi lama kelamaan makin banyak mayat yang ditemui. Ditambah lagi dengan penyakit misteri yang mula menyebar dalam kalangan penduduk kampung tersebut. Dan semua ni terjadi sejak seorang orang Jepun mula menetap di rumah usang di kampung itu.

Jom tengok trailer!