PDRM Beri Diskaun 50% Kalau Bayar Saman Mulai Hari Ni! Semak Cara Bayaran Di Sini
# Trending Semasa

PDRM Beri Diskaun 50% Kalau Bayar Saman Mulai Hari Ni! Semak Cara Bayaran Di Sini

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

May 17, 2020
pada 2:04 PM

Korang ada saman yang masih belum dijelaskan? Haa inilah peluang yang selalu ditunggu-tunggu oleh semua pengguna jalan raya! Sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan potongan sehingga 50% (bagi saman yang terpilih).

 

 

Sebagai langkah meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan kadar diskaun sehingga 50 peratus bagi saman-saman tertentu selama (4) hari bermula dari 18 hingga 21 Mei 2020.

Tawaran diskaun hanya terpakai melalui kaedah pembayaran secara e-Payment yang boleh dilakukan melalui portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.


 

Semua saman layak mendapat diskaun KECUALI :

i) Saman kemalangan tahun 2019 & 2020.
ii) Saman dalam perbicaraan.
iii) Saman Op Selamat tahun 2019 & 2020.
iv) Saman berstatus NC (Non Compoundable).
v) Saman berstatus mahkamah & saman berkaitan lori.
vi) Saman berstatus waran tangkap.

JSPT menyeru orang ramai agar sentiasa mematuhi PKPB yang sedang dikuatkuasakan demi kebaikan bersama. Bersama kita hentikan rantaian wabak Covid-19.