Buat Live Sampai Cecah Puluhan Views, Soloz Kongsi 'Buat Duit' Dari Mobile Legend
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Buat Live Sampai Cecah Puluhan Views, Soloz Kongsi 'Buat Duit' Dari Mobile Legend

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jul 21, 2020
pada 11:42 AM

Dunia sekarang memang popular dengan 'gaming' ataupun permainan video online. Kalau dulu orang beranggapan gaming ini satu perbuatan yang sia-sia dan tak mendatangkan manfaat apa-apa.

Sering kita dengar, ''main game ni boleh buat duit ke?.'' Namun era tahun 2020 ini, semuanya berubah apabila dunia gaming berubah 360 darjah perspektif orang dan ada yang menjadikan satu kerjaya.

Soloz atau nama sebenar Faris Zakaria antara individu yang kini menempa nama di dalam area gaming atau dipanggil E-SPORT.  Mula-mula penulis sendiri rasa tak sangka kita akan mempunyai personaliti e-sukan yang boleh menyaingi populariti artis tanah air.

 

 

Tapi hari ini, kita mempunyai Faris Zakaria, 26 tahun atau ‘Maharaja Soloz’ yang sekarang mencipta fenomena tersendiri sebagai atlet e-sukan dan juga streamer Facebook Gaming. 

Pemain yang berkelulusan Diploma Computer Network itu baru-baru ini tular apabila berjaya memiliki Ford Mustang 5.0 GT. Untuk pengetahuan korang itu adalah salah satu kereta mewah idaman remaja masa kini.

 

 

"Nak jadi player ini kena profesional, jangan mudah give up kalau kalah 2 or 3 game'' ''Saya pun setiap hari tranning 8 jam sehari walaupun dah dianggap profesional. Malah profesional di luar negara main 16-18 jam sehari,'' katanya.

Menurut soloz, setiap orang ada minat masing-masing dan kalau membuatnya bersungguh-sungguh anda akan berjaya. Soloz yang kini bermain dengan team bosskurr selalu buat streaming di facebook miliknya Soloz.

"Saya pun bukanny selalu menang bila bermain dengan team FREDO & SAIYAN tetapi MPL pertama saya jaura. Jangan mudah putus asa dan selalu ingat rezeki bukannya selalu milik kita kadang kala Allah nak suruh kita bersyukur.''

 

 

Tonton Video Penuh