Ini 5 Soalan 'Basic' Yang 'Confirm Interviewer Akan Tanya Masa Interview, Nak Hafal Terus Pun Boleh!
# Pengetahuan Interview

Ini 5 Soalan 'Basic' Yang 'Confirm Interviewer Akan Tanya Masa Interview, Nak Hafal Terus Pun Boleh!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 19, 2021
pada 7:41 AM

Ini 5 Soalan 'Basic' Yang 'Confirm Interviewer Akan Tanya Masa Interview, Nak Hafal Terus Pun Boleh!

Sebagai seorang calon untuk ke sesi temuduga. Mengenal pasti soalan-soalan temuduga merupakan satu persediaan yang perlu dilakukan. Soalan temuduga ini berbeza-beza mengikut syarikat kerana mereka menguji mengikut keperluan syarikat sendiri. Tapi ini soalan paling popular sering kali pasti akan ditanya oleh HR. Jadi, korang dah boleh prepare jawapan siap-siap untuk 5 soalan ni:

 

1. Apa yang anda tahu tentang syarikat ini?


Pengetahuan korang yang luas tentang tugas pekerjaan dan syarikat itu sendiri akan beri gambaran kepada penemuduga bahawa korang ni seorang yang energetic, bermotivasi dan mempunyai minat dalam syarikat mereka.
Kalau korang takda pengetahuan tentang latar belakang syarikat, korang akan ketinggalan berbanding calon lain.*Gunakan internet, website syarikat, pandangan rakan rakan, produk.

Lawat website syarikat dan baca liputan media tentang syarikat tersebut dan key executives dan juga berita umum atau isu yang memberikan kesan kepada industri syarikat tersebut.
 

2. Kenapa anda mahu meninggalkan pekerjaan lama?


Jangan risau, penemuduga cuma mahu memahami kronologi dan sebab perpindahan karier korang. Bila ditanya soalan ini, buat 2 statement ini, pengalaman apa yang telah anda pelajari, kerana ini akan mengindikasikan nilai yang korang mampu bawa kepada syarikat mereka.

Formula LAMPS ini akan membantu korang merangka sebab yang professional :

Location
Jarak yang tempat kerja yang tidak strategik.

Advancement
Kareer korang takda ruang untuk grow kerana _____ (nyatakan sebab)

Money
Korang dibayar rendah tidak setimpal dengan kemahiran dan sumbangan.

Pride/Prestige
Korang mahu menyumbang kemahiran korang kepada syarikat yang lebih baik dari segi work culture, vision dan tugasan

Security
Syarikat tersebut tidak stabil dari segi kewangan
*Jangan mengutuk individu/syarikat tersebut. Kerana ini akan meninggalkan kesan kepada minda penemuduga. Adakah dia akan bercakap perkara yang sama bila meninggalkan syarikat ini?

 

3. Apakah kekuatan anda yang utama?

Pertama sekali sebutkan tentang, kemahiran teknikal. Kemahiran teknikal adalah kemahiran yang memerlukan ilmu dan teknik yang betul untuk melaksanakan tugas.
Kemudian, sebutkan sikap profesional yang korang ada dalam menjayakan tugasan.Sikap profesional ini adalah seperti, kemahiran komunikasi, multitasking, analytical thinking, critical thinking, kemahiran memimpin.

 

4. Apakah kelemahan anda yang utama?

Sebutkan perkara yang korang sedang cuba untuk kuasai. Seperti contoh, saya gugup apabila bercakap di hadapan terutama di hadapan orang yang saya tidak kenal dan saya menyedari kelemahan ini, jadi saya kerap menonton video dan membaca tips tips pengucapan awam untuk memperbaiki aspek ini.


Walaupun korang menyebutkan kelemahan, korang juga telah menonjolkan sisi suka memperbaiki diri. Dalam usaha penemuduga mencungkil kelemahan, apa yang korang berikan padanya adalah sisi positif.

 

5. Apa yang anda boleh tawarkan apa yang calon lain tiada?

Kita tak tahu apa kebolehan yang dimiliki calon lain, tapi taktik yang boleh diguna adalah, 'Apa yang saya boleh tawarkan ______.' Anda harus menerangkan bagaimana anda memahami tanggungjawab jawatan tersebut, masalah yang selalu timbul dan bagaimana anda telah bersedia untuk menghadapinya dengan ilmu yang anda ada.

Akhiri jawapan anda dengan menyebut sikap profesional yang anda sumbangkan.