Alam pekerjaan adalah benda yang paling kita nanti-natikan selepas tamat belajar pengajian tinggi. Di alam pekerjaan inilah kita boleh merasa bagaimana usaha mencari duit, usaha nak mendapatkan kerja dan banyak lagi. Sebab itu nak masuk alam kerja ni mental kena kuat. Tak boleh macam masa belajar dekat universiti dulu. Ianya memang sangat berbeza. Kena marah dengan bos, kerja bertimbun, kerja dalam tekanan, itu semua adalah perkara yang biasa.


