Cara Mudah Dapat Kerja Menggunakan LinkedIn
# Jenis Pekerjaan # Trending Semasa # Others

Cara Mudah Dapat Kerja Menggunakan LinkedIn

post by AZSY

by AZSY

Aug 9, 2020
pada 3:23 PM

Korang pernah tak cuba guna aplikasi LinkedIn? kalau korang belum  guna pernah aplikasi ini korang sebenarnya dalam kerugian kerana aplikasi ini umpama Facebook versi golongan professional mencari pekerja. Kami ingin menkongsikan beberapa tip untuk korang yang pertama kali menggunakan LinkedIn.

 1. Gunakan Email Profesional.

Ini paling utama sekali kalau korang untuk daftar dengan LinkedIn iaitu pengunaan email.  Jangan sesekali guna yang menampakkan tidak matang seperti, haziqhondaek9@gmail.com, budak46slowmo@gmail.com dan sekangkatan dengannya sebaiknya pakai nama penuh email sebagai contoh farhanyusoff@gmail.com atau Amirulhakimi01@gmail.com.  Ini penting kerana email rupakan first impression bagi majikan atau HR terhadap korang.

 2. Profile Background.

Untuk gambar profile kalau boleh jangan letak gambar selfie yang pelik-pelik takut orang menyampah tak baca lak profile koran. Letak gambar simple berpakaian kemas dan background belakang blank kosong macam gambar passport.  Untuk maklumat diri pula, korang masukkan pengalaman bekerja, sama ada part time, full time, aktiviti volunteering, untuk menampakkan korang ini seorang yang rajin.

 

 

 3. Menambah Rakan.

Selepas siap kemaskini profile, tiba masanya untuk anda add friend atau dikenali sebagai My network di LinkedIn. Disini korang connect jer dengan rakan-rakan yang korang kenal untuk menaikkan expose korang di LinkedIn. Lebih banyak korang connect, lebih tinggi korang untuk dapat pekerjaan.  Dalam LinkedIn juga korang akan dapat lihat ada beberapa kategori iaitu beginner, intermediate, advance dan All-star. Jika korang dapat All-Star korang boleh apply mana-mana position yang korang minat. Selain itu korang boleh cuba pakej Premium user yang ditawarkan oleh LinkedIn bermula dengan harga $29.99(RM 125.70).

 

profile yang mendapat All star

 

Plan Premium Yang Ditawarkan oleh LinkedIn

 

Jadi kepada korang yang tengah cuba mencari kerja mungkin boleh cuba untuk membuat satu account di LinkedIn. Sebenarnya tak rugi pun untuk korang buat kerana lebih ramai orang tahu career growth korang dari semasa ke semasa. Ok semua jobseeker goodluck.