TikTok Mengumumkan Senarai 7 Remaja Yang Mempunyai Pendapatan Tertinggi
# Gaya Hidup # Trending Semasa # Others

TikTok Mengumumkan Senarai 7 Remaja Yang Mempunyai Pendapatan Tertinggi

post by AZSY

by AZSY

Aug 9, 2020
pada 5:04 PM

Walaupun aplikasi TikTok sering dilanda macam-macam kontroversi, ini tidak membuat kepopularan aplikasi ini menurun. Baru-baru ini majalah Forbes telah mengkongsikan senarai 7 orang remaja yang mempunyai pendapatan yang tertinggi dengan hasil bermain video TikTok.

Addison Rae mendahului senarai baru bintang TikTok yang berpendapatan tinggi,beliau telah menjana pendapatan sekitar AS $ 5 juta (RM20.94 juta) menerusi TikTok, alat solek, American Eagle dan Spotify untuk tempoh 12 bulan yang berakhir pada bulan Jun 2020. Dengan jumlah follower sebanyak 54 juta di TikTok, Rae juga telah menghasilkan lebih banyak pendapatan daripada bintang TikTok yang paling tinggi follower iaitu Charli D'Amelio (hampir 77 juta), yang berada di kedudukan ke-2 dengan anggaran pendapatan AS $ 4 juta (RM16.75 juta) untuk jangka masa yang sama. Di tempat ketiga pula adalah Charli, Dixie, dengan pendapatan sekitar AS $ 2.9 juta (RM12.14 juta) setahun.

Berikut adalah senarai tujuh bintang TikTok berpendapatan tertinggi,mengikut anggaran Forbes:

 

1. Addison Rae - US $ 5 juta (RM20.94 juta)

 

2. Charli D'Amelio - US $ 4 juta (RM16.75 juta)

 

3. Dixie D'Amelio - US $ 2.9 juta (RM12.14 juta)

 

4. Loren Grey - US $ 2.4 juta (RM10.05 juta)

 

5. Josh Richards - US $ 1.5 juta (RM6.28 juta)

 

6. Michael Le - AS $ 1.2 juta (RM5.02 juta)

 

7. Spencer X - AS $ 1.2 juta (RM5.02 juta)

 

Addison Rae

 

Charli dan Dixie DAmelio

 

kredit: forbes,