Ramai Tak Perasan, Tapi Ini Sebab Kenapa Meja Starbucks Bentuk Bulat!
# Gaya Hidup

Ramai Tak Perasan, Tapi Ini Sebab Kenapa Meja Starbucks Bentuk Bulat!

post by AZSY

by AZSY

Aug 13, 2020
pada 3:57 PM

Tanyalah mana-mana pencinta kopi, Starbucks akan ada dalam senarai minuman wajib minum setiap pagi. Kalau tak dapat kopi, mulalah badan rasa lemah macam tak semangat nak buat kerja. Sebab itulah setiap pagi korang akan nampak ramai yang jalan pergi pejabat sambil tangan kanan pegang secawan kopi. 

Tak hanya kopi, Starbucks sebenarnya mempromosikan cafe yang memang buat korang nak duduk lama chill buat kerja atau lepak dengan member. Dekorasi dalaman diorang selalu up to date dan paling penting buat korang rasa macam tengah minum kopi dekat rumah. 

Tapi tak ramai yang perasan, Starbucks punya meja kebanyakkannya akan bersaiz bulat berbeza dengan restoran makanan segera lain yang kebanyakannya akan bersaiz petak. Sebenarnya, diorang tak reka saja-saja tau. Ada sebab sebenarnya yang korang kena tahu. 

Kalau korang nak tahu, saiz meja berbentuk bulat dipilih untuk membuatkan pelanggan tak rasa kesunyian sangat. Seorang penulis bernama Karen Blumenthal, dalam buku Grande Expectations: A Year in the Life of Starbucks’ Stock ada cakap yang secara psikologinya, meja berbentuk empat segi akan membuatkan orang rasa lebih sunyi berbanding meja bulat. Jadi sesuailah kalau korang jenis yang suka pergi kedai kopi utuk buat kerja seorang diri. Kalau nak duduk dekat ceruk cafe pun tak la nampak kesian sangat. 

Tapi ini ada satu lagi teori yang menarik juga. Ada yang kata meja bulat ini juga membuatkan orang tak rasa selesa macam nak duduk lama-lama. Jadi, lepas korang beli kopi dan duduk kejap lepas beberapa jam. Korang ada perasaan macam nak keluar cepat sebab badan korang dah mula tak selesa. 

Satu lagi kelebihan meja bulat ini ialah korang tak rasa macam ada hierarki. Semua nampak macam sama level walaupun korang tengah duduk dengan bos atau client untuk dapatkan deal projek berjuta-juta. Bijak juga kan? 

Amacam? Kalau ada sesiapa yang tengah merancang nak buka cafe sendiri, korang boleh guna cara yang Starbucks buat ini. Punyalah diorang ambil kira setiap benda sampaikan psikologi pelanggan pun diorang fikir. 

Okaylah, kami pun nak pergi minum kopi ini. Ada sesiapa nak ikut? Tak la rasa sunyi sangat.