Bagaimana cara korang charge handphone? Korang pernah tahu tak cara yang betul bila nak charge handphone? Selalunya kita cuma tahu yang bila bateri dah berkurangan, kita perlu charge sehingga bateri menunjukkan status 100%. Betul tak?


by Haziqah Muhamad
Bagaimana cara korang charge handphone? Korang pernah tahu tak cara yang betul bila nak charge handphone? Selalunya kita cuma tahu yang bila bateri dah berkurangan, kita perlu charge sehingga bateri menunjukkan status 100%. Betul tak?
Memang betul. Tapi korang jangan hanya tahu charge handphone je tau. Kena juga ambil tahu macam mana caranya nak bagi hayat bateri hanpdhone korang tu tahan lama. Takdelah nanti asyik nak kena tukar bateri je. Harga sesetengah bateri handphone pun bukannya murah!
Jom baca antara 5 kesilapan yang sering dibuat ketika charge handphone:
1. Tinggal pengecas pada soket
Yang ni confirm ramai yang selalu buat. Selain akan meningkatkan bil elektrik, ia juga boleh menyebabkan terjadinya litar pintas! Kalau dah taknak guna, cabutlah dari soket. Okay?
2. Charge sehingga 100%
Eh, tak boleh ke? Kenapa? Menurut kajian, setiap bateri mempunyai bilangan kitaran pengisian yang tepat dan kalau kita selalu mengecasnya hingga 100%, kitaran ini akan berakhir lebih cepat. Cara yang betul, charge penuh handphone sebulan sekali dan pada waktu yang lain cuma perlu pastikan bateri berada pada tahap 20% - 80% saja.
3. Biarkan bateri mati sepenuhnya
Sama juga seperti dalam point no. 2, bateri mempunya kitaran tersendiri. Kalau korang biarkan bateri 0% berkali-kali, jangka hayat bateri untuk bertahan pun akan semakin berkurangan.
4. Charge handphone semalaman
Yang ni korang selalu buat kan? Ramai pakar dah bagitau yang tak elok charge handphone semalaman. Selain boleh membahayakan nyawa (litar pintas atau terbakar ketika tidur), ia akan menyebabkan over heat. Jadi tolonglah elakkan charge handphone masa tidur tau!
5. Tak Cabut Casing Handphone
Ini pun perkara yang sering kita lakukan ketika charge handphone (min pun selalu buat). Rupanya pakar menyarankan kita supaya cabut casing bila nak charge handphone. Salah satu sebabnya adalah bagi mengelakkan over heat dan nak biarkan bateri 'bernafas.'
Jadi apa kesilapan yang korang buat bila charge handphone?
Kalau min, semua di atas. Haha.