[VIRAL] Gerai Nasi Lemak Behenti Keje, Membuatkan Ramai Orang Termenung Sekejap Selepas Melihatnya
# Gaya Hidup

[VIRAL] Gerai Nasi Lemak Behenti Keje, Membuatkan Ramai Orang Termenung Sekejap Selepas Melihatnya

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 18, 2020
pada 1:33 PM

Terbaru, gambar sebuah gerai nasi lemak yang tidak dapat dipastikan lokasinya ini pula menjadi perhatian netizen. Bukan kerana keadaan gerainya yang luar daripada kebiasaan tetapi namanya yang boleh membuatkan sesiapa sahaja melihatnya termenung buat seketika.

121826157_3414063005315208_152747487129739178_n

GERAI NASI LEMAK DENGAN NAMA YANG AGAK UNIK. FOTO: MEDIA SOSIAL

Buat anda yang masih mengambil masa untuk memahami nama gerai di atas, ianya adalah Nasi Lemak Benti Keje atau seperti yang difahami kami dan sebahagian netizen sebagai ‘nasi lemak berhenti kerja’.

Bagaimanapun, bukanlah cara ejaan nama gerai yang menjadi perbualan netizen di beberapa platform media sosial, tetapi ramai yang meluahkan perasaan sayu selepas melihat nama berkenaan.

Ia kerana ramai yang beranggapan dan memahami bahawa gerai nasi lemak itu dibuka selepas pemiliknya diberhentikan kerja sekaligus membuatkannya memilih untuk menggunakan nama tersebut.

Menerusi perbincangan di laman reddit r/malaysia, netizen berpendapat ianya sebagai sesuatu yang mencuit hati dan sedih pada waktu yang sama.

“Yup, ianya menarik dan kelakar tetapi menyimpan maksud yang sangat dalam,” tulis pengguna portal itu.

Di Twitter pula rata-rata netizen juga mempunyai pandangan yang sama seperti “inilah bagaimana rasanya tertawa dalam tangisan,”.

Walaupun sayu melihat nama gerai tersebut, namun mereka juga tidak lupa untuk memberikan kata-kata semangat buat mereka sehinggakan ada yang turut berkongsikan lokasi gerai berkenaan.

Menurut beberapa perkongsian daripada netizen melalui hantaran yang diperhatikan di Twitter, gerai nasi lemak itu difahamkan terletak di Kajang, Selangor.