Wanita Ini Guna Kunyit Buat Topeng Muka Tapi 'Warna Kuning' Tak Hilang, Ini Jadinya!
# Gaya Hidup

Wanita Ini Guna Kunyit Buat Topeng Muka Tapi 'Warna Kuning' Tak Hilang, Ini Jadinya!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 22, 2020
pada 3:41 PM

Antara khasiat lain pula adalah ia boleh digunakan sebagai bedak kerana mempunyai khasiat untuk menghilangkan jerawat, hiperpigmentasi dan mampu menghilangkan parut luka pada kulit, lapor pakar kesihatan.

Namun bagi anak gadis ini, kunyit yang beliau gunakan untuk membuat topeng muka seperti yang disarankan oleh ibunya telah bertukar menjadi mimpi ngeri oleh wanita ini.

 

Seorang pengguna Twitter dari Indonesia dengan nama @Ibuibuyakult berkongsi satu ciapan dengan wajahnya berwarna kuning dipercayai terjadi setelah dia menggunakan kunyit sebagai topeng muka.

“Kata mama kunyit baik dipakai untuk dijadikan topeng muka tetapi mengapa warna KUNINGNYA TIDAK HILANG,” katanya dalam satu ciapan yang diakhiri dengan mengucap.

Sejak dimuat naik, ciapan tersebut telah berjaya menarik ramai netizen. Kebanyakan daripada mereka ketawa dengan apa yang terjadi kepada gadis tersebut dan ada juga yang bersimpati.

“Kamu gunakan kunyit terlalu banyak! Saya pernah menggunakan kunyit di sebelum ini tetapi tidak pernah meninggalkan warna kuning. Cuba gunakan kunyit yang dicampur dengan oatmeal dan susu tepung, bukan hanya kunyit,” kata seorang netizen.