Singa Atau Burung Mana Binatang Yang Korang Nampak Dulu? Tapi Tu Sebenarnya...
# Gaya Hidup

Singa Atau Burung Mana Binatang Yang Korang Nampak Dulu? Tapi Tu Sebenarnya...

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 22, 2020
pada 3:50 PM

Mungkin ramai yang tak tahu, sebenarnya macam mana cara korang melihat persekitaran korang dapat menentukan karakter diri atau menunjukkan korang ni sebenarnya orang yang macam mana. Bila difikirkan, macam tak masuk akal, tapi bagi ramai pakar psikologi, benda ni boleh jadi sangat tepat! 

Salah satu cara untuk mengenal diri adalah dengan menjalankan ujian psikologi berdasarkan gambar pertama yang korang dapat lihat. Mata korang nampak apa dulu?

 

 

Jom bongkar apa maksud di sebalik gambar yang korang nampak tu!

 

 

Kalau korang nampak singa...

  • Sama seperti karakter singa itu sendiri, korang disifatkan sebagai seorang yang berani dan takut untuk didekati disebabkan oleh sifat korang yang menggerunkan tu. Korang juga merupakan seorang yang sangat berani mengambil sebarang risiko, lebih-lebih lagi jika risiko tersebut adalah bertujuan untuk membantu korang capai kejayaan!

 

Kalau korang nampak burung...

  • Secara keseluruhannya, korang merupakan seorang yang sangat kreatif. Korang adalah seorang yang lembut hati dan sentiasa mahukan yang terbaik bukan untuk diri sendiri, tetapi juga untuk mereka di sekeliling. Korang juga mempunyai cara pemikiran yang sangat unik!

 

Jadi korang nampak yang mana dulu?