No 6 Paling Champion! Senarai Kerjaya Tanpa Pendidikan Tinggi, Mampu Beri Gaji Lumayan
# Pengetahuan Pekerja

No 6 Paling Champion! Senarai Kerjaya Tanpa Pendidikan Tinggi, Mampu Beri Gaji Lumayan

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 25, 2020
pada 3:22 AM

Maukerjamy kongsikan 12 kerjaya yang boleh memberi pulangan yang lumayan walaupun tanpa memiliki ijazah. Biarpun di Malaysia untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, kelulusan minima yang perlu dipenuhi adalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bukan itu sahaja, pelajar juga harus bergiat aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah.

 

1. Offshore Inspection

 Kerjaya sebagai Offshore Inspection ini sangat sesuai dengan anda tetapi anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh beberapa institusi seperti NIOSH untuk memperolehi kepakaran dan kelayakan bekerja dalam bidang tersebut.

2. Welding Inspector & Welding QC Co-ordinator

Welding Inspector atau inspektor kimpalan bertanggungjawab mengawasi semua aktiviti dan tugas kakitangan kimpalan dalam memastikan kualiti kimpalan, menyiapkan kimpalan mengikut masa yang ditetapkan dan memastikan segala-galanya adalah mengikut cara kerja yang betul.

3. Agen Hartanah

Untuk pengetahuan anda, bekerja sebagai agen hartanah boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat. 

4. Agen Insuran

Bagi membolehkan anda bergelar agen insuran, anda perlu lulus ujian kelayakan untuk menjadi penasihat kewangan.

5. Penasihat Kewangan

Penasihat kewangan turut dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat berkaitan pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah.

6. Juruterbang

Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana yuran kursus untuk menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh mencapai ke ratusan ribu ringgit.

 

7. Plastics Welders

Kerjaya ini juga turut akan menjana pendapatan yang lumayan tanpa perlu ada pendidikan. Cuma perlu ada kemahiran sahaja.

8. Safety & Health Officer

Seiring dengan pembangunan pesat dalam negara, syarikat-syarikat pembinaan memerlukan lebih ramai Safety & Health Officer (SHO).

9. Wireman

Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

10. RoHS officer

RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik.