Bilik Tidur Yang Sempit Pun Jadi Luas, Kalau Guna Tip Macam Ni
# Gaya Hidup

Bilik Tidur Yang Sempit Pun Jadi Luas, Kalau Guna Tip Macam Ni

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 26, 2020
pada 11:58 PM

Ikuti tips yang bakal kami kongsikan ini untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan untuk bilik tidur korang. Jom deko!

Pemilihan warna dinding

  • Untuk nampak tempat tidur korang terlihat luas, gunakan warna yang cerah seperti warna pastel.
  • Pemilihan warna mampu memberi impak keluasan pada ruang bilik korang.
  • Antara warna yang sesuai dengan bilik tidur seperti warna putih, biru pastel, hijau pastel dan kelabu lembut.
  • Pemilihan warna gelap juga boleh namun hanya di beberapa bahagian dinding bilik sahaja. Ingat tu!

Perabot

  • Tentukan kedudukan perabot korang sebelum buat pengubahsuaian
  • Bilik hanya memerlukan katil, meja sisi dan almari sahaja, tapi kalau masih ada ruang lagi bolehlah korang masukkan perabot tambahan
  • Kalau korang ada budget lebih, bolehlah korang tempeh almari bina dalam dekat bilik tidur korang

Penstoran

 

  • Untuk barangan yang korang nak simpan, korang bolehlah letakkan ke dalam kotak-kotak dan labelkan ia mengikut jenis barangan. Baru terlihat kemas bilik korang

Cermin

  • Kalau nak ruang terlihat luas, pilihlah cermin yang bersaiz besar sebab ia dapat memberikan kesan luas terhadap kamar tidur korang

Pencahayaan

  • Dapatkan lampu tidur atau jenis reka bentuk lampu yang bersesuaian dengan bilik korang
  • Ia mampu memberikan mood yang tenang selain suasana yang romantik kepada korang
  • Terdapat pelbagai jenis lampu untuk kamar tidur macam lampu meja, lampu dinding malah ada lampu yang terletak pada kepala katil korang, barulah rasa macam bilik tidur hotel

Kemasan lembut

  • Kemasan lembut bermaksud seperti cadar, langsir dan fabrik yang terdapat di bilik korang
  • Pilihlah warna cadar yang bersesuaian dengan bilik korang
  • Percaya atau tidak, corak atau motif yang terdapat pada cadar mampu memberikan mood riang kepada emosi korang
  • Bila pulang dari kerja dalam keadaan letih, mood korang automatik berubah lebih tenang selepas lihat katil, betul tak?

SOURCE: IMPIANA