Kemudahan Pengeluaran Akaun 1 KWSP Sebanyak RM500 Sebulan Sehingga RM6,000 - Belanjawan 2021
# Trending Semasa

Kemudahan Pengeluaran Akaun 1 KWSP Sebanyak RM500 Sebulan Sehingga RM6,000 - Belanjawan 2021

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 5, 2020
pada 6:40 PM

Sebelum ini para pencarum KWSP dibenarkan untuk mengeluarkan wang caruman daripada akaun 2. Malah, terdapat desakan untuk pengeluaran wang simpanan KWSP dari akaun 1.

Dalam pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat yang baru sahaja dibentangkan, Kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan KWSP dari akaun 1. Ahli yang layak boleh membuat permohonan mulai Januari 2021

Difahamkan, para pencarum KWSP dibenarkan untuk membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan sehingga RM6,000 bagi ahli yang kehilangan pekerjaan. Malah, kemudahan ini dijangka akan memanfaatkan 600,000 ahli KWSP yang terjejas.