Casesbywf, jenama casing telefon bimbit tanah air Malaysia, telah melancarkan kolaborasi artis antarabangsa pertama mereka bersama Yuna untuk kolaborasi casing telefon bimbit ‘Yuna X Casesbywf’ edisi terhad.


by Haziqah Muhamad
Casesbywf, jenama casing telefon bimbit tanah air Malaysia, telah melancarkan kolaborasi artis antarabangsa pertama mereka bersama Yuna untuk kolaborasi casing telefon bimbit ‘Yuna X Casesbywf’ edisi terhad.
Kerjasama kolaborasi itu dilancarkan secara rasmi melalui akaun Instagram Yuna ( @yuna ) dan Casesbywf ( @casesbywf ) pada hari pertama bulan November. Peminat dari seluruhdunia mula menyerbu laman web untuk mendapatkan koleksi casing telefon bimbit edisiterhad yang dinanti-nantikan tersebut.
Tujuan kolaborasi ini adalah untuk meraikan 10 tahun perjalanan dan pencapaian Yuna yang luar biasa sebagai artis antarabangsa yang terkemuka, ‘#ADecadeOfYuna’ . Melalui
kolaborasi edisi terhad ini.
Ia juga dapat mendekatkan peminat-peminat Yuna dan Casesbywf sambil menawarkan mereka sesuatu yang berharga tentang Yuna yang boleh
dimiliki dan diingati melalui casing telefon bimbit mereka untuk menyatakan sokongan sebagai peminat sejati.

Kolaborasi selama satu bulan ini menampilkan beberapa tarikan tambahan seperti pemberian ‘Yuna Stickers’ edisi terhad khas untuk pembelian terawal sebanyak 200 casing telefon bimbit, sesi eksklusif ‘live stream’ di Instagram bersama Yuna pada 7 November dan peraduan mingguan khas di mana peminat berpeluang memenangi
lebih banyak hadiah istimewa khas dari koleksi kolaborasi tersebut.
Terdapat empat reka bentuk unik yang tersedia untuk dua jenis casing telefon bimbit yang hanya boleh dibeli melalui laman web rasmi Casesbywf ( https://casesbywf.com/ ). Harga produk adalah berdasarkan jadual di bawah:
Kerjasama kolaborasi ini sungguh istimewa bagi Yuna kerana ini merupakan kali pertama beliau berkolaborasi bersama jenama casing telefon bimbit tanah air Malaysia. Beliau
menyatakan pujiannya kepada pengasas Casesbywf, Ain Nurina, yang berasal dari kampung halamannya, Subang Jaya, kerana telah menyokongnya sejak awal dan
merupakan peminat setia Yuna sendiri.