Imej baharu Azwan Ali dalam program tersebut dipuji kerana lebih profesional dan berbeza daripada imej ‘Diva AA’ yang dibawanya sebelum ini.


by Haziqah Muhamad
Imej baharu Azwan Ali dalam program tersebut dipuji kerana lebih profesional dan berbeza daripada imej ‘Diva AA’ yang dibawanya sebelum ini.
Disebabkan viral penampilan terbaru Azwan Ali ini, ia turut mendapat perhatian Nabil Ahmad, pengacara untuk sebuah lagi program live yang bersiaran pada hari dan waktu yang sama.
Dalam program tersebut, gurauan Nabil itu dikatakan tasteless atau tidak patut oleh netizen. Nabil sepatutnya tidak membuat gurauan seperti itu kerana pengalaman Azwan Ali dalam bidang seni adalah berpuluh tahun lebih senior berbanding Nabil.
Netizen juga berkata ia bukan pertama kali Nabil membuat gurauan tidak profesional. Setiap gurauan tersebut biasanya berakhir dengan permohonan maaf oleh Nabil secara terbuka.
Peminat turut menasihati Nabil supaya lebih berhati-hati dalam berkata-kata dan tidak semua perkara boleh dibawa bergurau lebih-lebih lagi Azwan Ali merupakan individu yang lebih berpengalaman berbanding beliau.