Terbaru Rekaan Prototaip Honda Civic Generasi Kesebelas, Wajib Tengok Dalamnya Ada Apa
# Gaya Hidup

Terbaru Rekaan Prototaip Honda Civic Generasi Kesebelas, Wajib Tengok Dalamnya Ada Apa

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 17, 2020
pada 12:29 PM

Sebut sahaja pasal 'Honda' sampai yang tahu kan? Sebuah jenama kereta yang menjadi kegilaan terutamanya secara honda. Paling penting jenama honda ini biarpun angan-angan tapi dia mampu untuk dimiliki di Malaysia.

Terbaharu, setelah hampir lima tahun Civic generasi kesepuluh atau turut popular dengan nama Civic ‘ketam’ berikutan rekaan lampu belakangnya, Honda pada hari ini telah memperlihatkan rekaan prototaip Honda Civic generasi kesebelas. Model terbaharu ini dijangka bakal dilancarkan secara rasmi seawal tahun depan.

125429763_209290683890090_9171757711679489423_o

Mengulas dari segi rekaan, Honda Civic generasi kesebelas ini nampaknya berkiblatkan Eropah berdasarkan design language yang ditampilkan. Meskipun gaya sporty masih dikekalkan, namun rekaan pada kali ini dilihat lebih matang berbanding Civic generasi kesepuluh yang tampak lebih muda.

Pada bahagian belakang, rekaan lampu belakang model ini telah mencipta kontroversi di kalangan peminat automotif di Malaysia dengan membandingkan rekaannya dengan Proton Saga dan Audi A5.

125211794_209290803890078_2103885535083068172_o

2022-honda-civic-sedan-prototype-118

Setakat ini Honda memaklumkan rekaan ini masih lagi dalam prototaip. Dalam pada itu, ramai yang menjangkakan rekaan akhir model ini tidak jauh berbeza dengan rekaan prototaip memandangkan jenama ini jarang membuat perubahan yang drastik berdasarkan rekaan prototaip yang dibuat.