Berminat Nak Jadi HR & Admin? Ini 8 Tips Bagaimana Nak Hasilkan Resume
# Pengetahuan Pekerja

Berminat Nak Jadi HR & Admin? Ini 8 Tips Bagaimana Nak Hasilkan Resume

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 17, 2020
pada 12:40 PM

Menghasilkan satu resume yang padat dan lengkap merupakan satu langkah permulaan bagi menggapai impian anda untuk menerpa kerjaya yang diidamkan, tak kiralah dalam apa jua bidang sekalipun. Misalnya, dalam bidang penerbangan ini.

Siapalah yang tak suka kerja sambil melancong, malah gaji yang ditawarkan juga agak lumayan. Namun, bidang ilmu seni penerbangan juga tak terlepas daripada memerlukan calon-calon untuk melampirkan resume bagi menarik perhatikan pihak majikan sebelum mereka menilai penampilan anda.

Sama juga seperti bidang lain, majikan juga tidak akan habiskan banyak masa untuk membaca resume calon, kurang dari 7 saat! Dalam beribu-ribu calon yang mohon bagaimanakah tempoh singkat tersebut mampu membuatkan resume anda menambat hati mereka? Kalau lakukan 8 tips ini, pasti dapat!

1. Jangan Melebihi 2 Muka Surat!

Resume anda harus ringkas dan kelayakan anda mestilah mudah dilihat oleh Majikan. Sebaik-baiknya satu muka surat adalah yang terbaik. Jika lebih, pastikan dua muka surat. Ringkas sebaik mungkin kerana anda hanya mempunyai ebberapa saat sahaja untuk menarik minat mereka.

Tampilkan diri anda  dengan betul dan cepat dari baris pertama resume,tunjukkan maklumat yang relevan sahaja.

2. Buang Ayat "Curiculum Vitae/Resume" Serta Logo Diatas!

Tajuk itu tak perlu letak pun tak apa! Ramai juga yang suka letak logo syarikat diatas, perlu diingatkan bahawa majikan akan baca di bahagian atas resume untuk mengenali diri anda, jangan bazirkan ruang dengan perkara-perkara yang mengarut. 

3. Tulis Ringkasan Yang 'Power' Mengenai Diri Anda.

Semua majikan tahu objektif anda hantar resume kepada mereka adalah mahu dapat kerja, jadi buang bahagian objektif kerana ini sudah lapuk! Buat satu ringkasan di bahagian atas resume untuk 'jual diri' anda. Sekali lagi diingatkan,anda hanya ada 7 saat sahaja! Panjang ringkasan satu perenggan dan tak lebih daripada 5 'sentences'

4. Buang Segala Bahagian Peribadi

Cukup hanya sekadar umur, pencapaian, dan bahasa pertuturan dibawah nama penuh. Mengenai ketinggian dna berat badan mereka akan nilai sendiri sebab akan ada sesi BMI nanti. Tambahan pula, tanggungjawab anda sendiri untuk sedar jika menepati kelayakan yang telah ditetapkan oleh mereka.

5. Pengalaman Kerja

Mungkin anda mempunyai banyak pengalaman, tapi pilih yang ada kaitan dengan khidmat pelanggan dan hospitaliti sahaja! Jelaskan tugasan dan tanggungjawab anda dalam kerja tersebut.

6. Pendidikan

Cukup sekadar pendidikan terakhir yang anda peroleh, jika anda graduan muda, tak perlu senaraikan PMR, SPM, Diploma dan lain-lain, hanya membazir ruang. Kerja ini lebih memandang kepada personaliti anda. Jadi, pendidikan terakhir sudah cukup memadai.

7. Kemahiran

Seperti bidang lain, kemahiran memainkan peranan penting dalam menilai kelayakan calon, Anda juga boleh letakkan minat anda dalam resume, tapi pastikan ia berkaitan. Tak ada majikan yang hairan jika anda cemerlang dalam Microsoft Office.

8. References

Jika anda mohon diatas talian bahagian rujukan tidak perlu diisi memandangkan, bahagian ini telah diasingkan dalam borang permohonan. Tapi adalah lebih baik jika anda penuhkan ruang dalam resume dengan info-info yang padat untuk  menarik perhatian majikan. 

Harap impian anda untuk keawan biru selepas ini tercapai, kalau tak dapat membuat gambaran mengenai tips-tips ini. Jangan risau, kami berikan contoh kepada anda sebagai panduan dan rujukan!

Contoh Resume