Dalam episod ini, Ultraman Great dan Ultraman Powered ditugaskan untuk melatih Ultraman Ribut supaya bersedia untuk menghadapi raksasa yang bakal mereka hadapi kelak.


by Haziqah Muhamad
Dalam episod ini, Ultraman Great dan Ultraman Powered ditugaskan untuk melatih Ultraman Ribut supaya bersedia untuk menghadapi raksasa yang bakal mereka hadapi kelak.
Dalam mencari kekuatan dalamannya, Ultraman Ribut mula membuka bunga silat dan seterusnya berjaya menumpaskan Ultraman Great dan Ultraman Powered yang lebih senior.
Mini-Series baharu keluaran Tsuburaya Productions ini hadir dengan episod baharu setiap minggu berkisarkan Galaxy Resque Force, pasukan yang menjaga alam angkasa daripada penjahat.
Keterujaan peminat sebenarnya berasas kerana menurut direktor mini-series ini, Kiochi Sakamoto berkata cara Ultraman Ribut Bertarung adalah sangat unik. Beliau mahu menggabungkan aksi akrobatik dan silat ketika Ribut bertarung dalam siri ini.
Ultraman Ribut membuat kemunculan rasminya pada tahun 2015 dalam rancangan animasi Upin & Ipin. Dari siri Upin & Ipin lagi Ultraman Ribut telah mempamerkan aksi akrobatik dan juga seni pencak silat.