Ini Cara Mohon Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Ini Cara Mohon Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 2, 2020
pada 4:42 PM

Mesti ramai yang tak tahu bahawa kerajaan ada memperuntukkan sejumlah elaun bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan melalui PERKESO.

Dibawah program Sistem Insurans Pekerja (SIP) PERKESO, korang boleh tuntut elaun EMP ini berdasarkan syarat dibawah.

Syarat kelayakan:

Semua pekerja yang bertaraf warganegara Malaysia dan pemastautin tetap.

  • Berumur 18-60 tahun

  • Bekerja dalam sektor swasta

  • Berkhidmat berdasarkan kontrak (contract of service)

     

    Syarat Untuk Memohon:

    Permohonan perlu dibuat dalam tempoh 60 hari selepas kehilangan kerja (loss of employment)

  • Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman: caruman pekerja telah dicarum mengikut jadual caruman SIP dan mempunyai bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.

  • Kategori Kehilangan Pekerjaan Yang Layak Membuat Tuntutan SIP PERKESO

     

    Apakah faedah yang korang dapat melalui Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) ni?

    Program Penempatan Pekerjaan
    Korang akan di guide oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO  melalui Program Penempatan Pekerjaan Semula.

  • Kaunseling Kerjaya
    Kaunseling diberikan oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO mengenalpasti kemahiran yang korang ada dan masalah yang dihadapi dalam membuat pilihan dan hala tuju. 

     

    Cara Memohon:

    Hadir mana-mana pejabat PERKESO berhampiran anda.

  • Salina KPPN

  • Bukti hilang kerja, contohnya surat pemberhentian kerja

  • Salinan maklumat akaun bank

  • Slip gaji untuk 6 bulan sebelum tarikh kehilangan kerja

  • Laporan kepada Program Penempatan Pekerjaan Semula.

     

    Sebenarnya banyak lagi manfaat yang disediakan untuk mereka yang kehilangan kerja atau kekurangan sumber pendapatan ni, nanti admin kongsi lagi di artikel akan datang ye. Semoga berjaya! -MJ