PERKESO: 25,000 Dijangka Hilang Kerja Awal Tahun Depan Jika..
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

PERKESO: 25,000 Dijangka Hilang Kerja Awal Tahun Depan Jika..

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 2, 2020
pada 10:19 PM

PERKESO menerusi laporan mereka merekodkan hampir 100,000 rakyat Malaysia telah kehilangan kerja sejak Oktober tahun ini. Dianggarkan purata 10,000 telah kehilangan pekerjaan setiap bulan.

Ini berlaku ekoran pandemik yang melanda secara global. Jika ini berterusan, 20,000 hingga 30,000 orang akan kehilangan pekerjaan pada suku pertama 2021.

Sektor yang paling teruk terjejas adalah sektor pembuatan, diikuti sektor penginapan, sektor makanan dan penginapan dan industri peruncitan. Manakala negeri yang paling banyak terjejas adalah Selangor dan Kuala Lumpur dengan catatan 58% kehilangan pekerjaan, diikuti Pulau Pinang sebanyak 11% dari jumlah kesuluruhan.

Namun begitu, dengan campur tangan kerajaan melalui program seperti Penjana, Prihatin dan dan Kita Prihatin, negara dapat mengawal kadar pengangguran. Selain itu, PERKESO juga melancarkan Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Skim Subsidi Upah untuk membantu majikan mengambil pekerja yang terjejas. -MJ

Inisiatif Elaun Mencari Pekerjaan LIHAT SINI
Cara memohon pengeluaran KWSP Akaun 1 LIHAT SINI

Sumber: FMT