Ketahui Bagaimana Pandangan Orang Terhadap Anda
# Gaya Hidup # Pengetahuan Interview

Ketahui Bagaimana Pandangan Orang Terhadap Anda

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 6, 2020
pada 7:20 PM

Biasanya ujian personaliti dibuat untuk mengetahui potensi diri, bakat tersembunyi, perasaan dalaman dan sebagainya. Tapi, pernah tak korang cuba buat ujian untuk mengetahui bagaimana pandangan orang terhadap korang?

Mengikut psikologi, kita boleh mengetahui bagaimana pandangan dan fikiran orang terhadap kita melalui ujian ini. Tapi ingat, ujian ini akan LEBIH BERKESAN jika korang jujur dan buat dengan pantas. Okay, jom kita mula.

Pertama, fikirkan 1 haiwan yang korang PALING suka.

  • Kemudian, fikirkan 1 haiwan yang korang nak jadikan sebagai haiwan peliharaan.

  • Akhir sekali, fikirkan 1 haiwan kesukaan yang KEDUA.  

    Baiklah, sekarang pastikan korang ingat 3 haiwan mengikut urutan soalan diatas. 

    Jawapan dibawah ini merungkai apakah maksud haiwan yang korang fikirkan tadi:

    1.  Haiwan yang korang fikirkan bagi soalan pertama mencerminkan siapa diri anda sebenarnya.
    2. Haiwan bagi soalan kedua adalah bagaimana dan apa watak yang orang lain pandang ada pada anda.
    3. Dan bagi soalan terakhir sekali mencerminkan bagaimana korang fikir tentang diri korang.
       

    Selalu juga soalan ini ditanya ketika interview. Sebab majikan nak tahu bagaimana korang menilai diri sendiri dan bagaimana orang sekeliling akan menilaikan korang.

    Dari sudut psikologi, kalau korang ambil soalan ni lagi 5 atau 10 tahun, jawapan korang akan bertukar sebab korang dah melalui perubahan diri dan karakter. Jadi cerminan dii korang  pun dah berbeza.

     

    Nak tahu animal spirit untuk setiap haiwan? Korang boleh terus baca disini:

     -MJ