Bank Tidak Bersetuju Moratorium Dilanjutkan
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Bank Tidak Bersetuju Moratorium Dilanjutkan

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 15, 2020
pada 4:51 PM

Setelah hampir 3 bulan berakhirnya moratorium yang berlangsung dari April 2020 hingga September 2020, kerajaan mungkin akan mencadangkan lanjutan moratorium bagi terus membantu golongan yang terkesan terutamanya bagi yang telah kehilangan pekerjaan dan pengurangan gaji.

Namun begitu, dari sudut sektor bank, beberapa individu dari sektor itu tidak bersetuju dengan pelan lanjutan tersebut kerana ini dikatakan tidak baik untuk ekonomi negara. Kesan lanjutan moratorium adalah bank terpaksa menerima keuntungan bersih yang lebih rendah berbanding sebelum ini. Dengan itu, pihak bank mencadangkan pelan moratorium bersasar kepada mereka yang terkesan sahaja adalah lebih baik berbanding diberikan secara menyeluruh seperti sebelum ini.

Menurut bekas CEO OCBC Bank, Jeffrey Chew Sun Teong, orang ramai sudah boleh mula kembali bekerja serta mengamalkan norma baharu dalam usaha membayar ansuran pinjaman kepada bank semula.
Sebelum itu, berdasarkan rekod suku tahun yang pertama, CIMB bank mengalami pengurangan keuntungan dari tahun lalu dari RM1 billion kepada RM1.95 Juta sahaja. Malayan Banking Berhad pula memperoleh jumlah keuntungan bersih  RM1.95 bilion berbanding sekitar RM2 bilion pada tahun sebelumnya pada suku tahun yang sama. -MJ

Sumber: TheStar

Cara mohon Pengeluaran KWSP Akaun 1 BACA SINI
Cara mohon Elaun Mencari Pekerjaan BACA SINI