Pemohonan Skim Perumahan Belia Dibuka
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Pemohonan Skim Perumahan Belia Dibuka

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 6, 2020
pada 3:55 PM

Skim Perumahan Belia BSN ialah satu insentif kerajaan Malaysia dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Cagamas. 

Manfaat ini diberikan untuk membantu pasangan suami isteri memiliki rumah pertama mereka, yang berumur linkungan 25-40 tahun dengan pendapatan tidak boleh melebihi RM10,000 sebulan.

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kerajaan mengambil langkah untuk mengecualikan duti setem sepenuhnya ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian bagi pembelian pertama bernilai RM500,000. Jom tengok manfaat skim ini.

Manfaat  Skim Perumahan Belia BSN MyHome-i:

Bantuan kewangan bulanan sebanyak RM200 untuk pelanggan bagi dua tahun pertama bermula daripada pengeluaran pinjaman yang pertama. Contohnya, kalau bayaran bulanan RM1,000, korang kena bayar RM800 je. 

  • Pengecualian duti setem sebanyak 50% ke atas dokumen pembiayaan

  • Jumlah pembiayaan antara RM100,000 hingga RM500,000

  • Tempoh pembiayaan: maksimum 35 tahun atau tidak lebih 65 tahun.

     

    Cara permohonan:

    Isi borang permohonan DAPATKAN BORANG

  • Dokumen diperlukan:

    Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN

  • Perjanjian Jual dan Beli/ Resit Deposit/ Proforma Pesana  Pembelian

  • Salinan Kad Pengenalan

    Tambahan:

    Bagi Pemohon Berpendapatan Tetap:-

    Salina slip gaji untuk 3 bulan terkini

  • Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini

  • Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)

  • Salinan penyata KWSP

  • Surat pengesahan bekerja daripada majikan

  • Borang EA/EC
     

    Bagi Pemohon Bekerja Sendiri:-

    Borang B/BE dan Resit LHDN

  • Surat Pendaftaran Syarikat (SSM)

  • Salinan penyata bank 6 bulan terkini

    Bagi Pemohon Bersama (pasangan sahaja)

    Borang B/BE dan Resit LHDN

  • Surat Pendaftaran Syarikat (SSM)

  • Salinan penyata bank 6 bulan terkini

     

    Aipp, bukan sampai situ saja. Korang kena tahu SYARAT KELAYAKKAN juga:

    Warganegara Malaysia berusia 21 - 40 tahun

  • Bujang atau telah berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000

  • Hanya untuk milikan hartanah pertama sahaja

  • Memmiliki bukti pembelian / pemilikan hartanah

  • Pemegang akaun BSN GIRO/ GIRO-i (ini kalau takde, boleh buat baru je di mana-mana BSN)

     

    Jadi tunggu apa lagi? Jomlah buat sekarang. Skim ini hanya terhad kepada 20,000 pemohon sahaja tau. Siapa cepat, dia dapat. -MJ

    Sumber: BSN, MySumber