[TERKINI] Penyakit Misteri Jangkiti India
# Gaya Hidup # Trending Semasa

[TERKINI] Penyakit Misteri Jangkiti India

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 7, 2020
pada 4:21 PM

Sejak 6 Disember 2020, pihak kerajaan India merekodkan hampir 500 orang rakyatnya dijangkiti penyakit misteri tersebut dan satu orang dilaporkan telah meninggal dunia. Penyakit itu difahamkan muncul secara tiba-tiba di Eluru, Daerah Godavari Barat, India. Namun begitu, penyakit ini dilaporkan telah merebak ke daerah selatan India, iaitu bahagian Andha Pradesh.

Seramai hampir 250 rakyatnya yang dijangkiti telah di pindahkan ke hospital untuk tujuan rawatan dan ujian. Doktor di hospital tersebut menyifatkan, pesakit yang dijangikti mengalami pelbagai gejala dimulai dengan mual-mual, kekejangan dan pengsan. Petugas kesihatan juga memaklumkan, kanak-kanak yang dijangkiti penyakit ini akan muntah secara tiba-tiba dan mengadu mata berasa seperti panas terbakar.

Menurut Menteri Kesihatan mereka, setiap pesakit yang dijangkiti penyakit misteri ini telah menjalani ujian co vid tetapi keputusannya adalah negatif. Andha Pradesh adalah antara kawasan yang parah buat masa ini kerana telah merekodkan lebih 800,000 jangkitan co vid. Kawasan itu juga merupakan bilangan kes paling tertinggi bagi seluruh kawasan di India.

Pada masa yang sama, kerajaan India juga turut mengarahkan ujian keatas pensampelan air dan udara di daerah yang tercemar. Tambah menteri kesihatan itu lagi, punca jangkitan masih belum di kenal pasti dan hanya hasil siasatan dari labotarium akan membuktikan puncanya. -MJ

Sumber: The Guardian