Rakyat Malaysia Mampu Belanja RM855 Sebulan Untuk Makan Diluar
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Rakyat Malaysia Mampu Belanja RM855 Sebulan Untuk Makan Diluar

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 9, 2020
pada 11:05 AM

Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, trend makan diluar telah meningkat sehingga 11.2% pada tahun 2019. Dengan kadar purata perbelanjaan tertinggi adal RM855 sebulan dan terendah direkodkan sebanyak RM211.

Antara faktor penyebab peningkatan budaya ini adalah ramai rakyat mempunyai masa yang terhad atas sebab dasar pekerjaan mereka. Yelah, dah kalau bekerja 8 hingga 5 pagi, kemudian sambung lagi OT dan ditambah lagi kita buat dua atau tiga kerja, macam mana nak sempat memasak dirumah. 

Selain faktor pekerjaan, perubahan corak gaya hidup juga menjadi penyebab kepada peningkatan trend ini. Tambahan pula sekarang ramai yang suka berlumba-lumba di media sosial untuk update apabila mereka ke tempat-tempat menarik atau menikmati makanan yang menarik. Jadi secara tidak langsung, mereka merwar-warkan kepada kenalan untuk kesitu juga. Ini juga sejajar dengan peningkatan pembukaan kafe-kafe menarik atau “hipster” yang menjadi pilihan ramai kerana suasana yang mendamaikan dan hidangan menarik.

Berdasarkan survey perbelanjaan isi rumah 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, 6 negeri didapati memiliki purata perbelanjaan lebih RM508 sebulan untuk makan diluar. Purata perbelanjaan berdasarkan negeri tertinggi direkodkan adalah Putrajaya iaitu sebanyak RM855, diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu RM843 dan Selangor RM725 sebulan.

Melihat pada kadar purata tersebut jelas menunjukkan pertumbuhan ekonomi perkhidmatan penyediaan makanan memaparkan aliran tunai yang baik dan semakin meningkat pada tahun 2019.

Sumber: Rnggt.com