5 Jasa Terbesar Ebit Liew Buat Rakyat Malaysia
# Gaya Hidup # Trending Semasa

5 Jasa Terbesar Ebit Liew Buat Rakyat Malaysia

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 21, 2021
pada 7:59 PM

Siapa je yang takkenal susuk Ebit Liew ini. Pantang ada sahaja yang dalam kesusahan pasti beliau dahulu yang akan menghulurkan bantuan. Terkadang lebih awal dari pihak yang berwajib. Ramai yang memuji dan terinspirasi dengan tindakan Ustaz yang berusia 35 tahun ini kerana mendorong ramai orang diluar sana untuk terus peka dan membantu orang-orang sekeliling. 5 Jasa Terbesar Ebit Liew Buat Rakyat Malaysia

 

#1 Sedia Lori Tangki Air Ketika Krisis Air Selangor

Sejurus mendapat perkhabaran mengenai masalah air di Selangor, Ustaz Ebit Liew bertindak menghantar 2 lori tangki air ke kawasan pinggiran Batu Caves, Gombak untuk membantu penduduk yang terjejas. 

#2 Bantuan Makanan Untuk Haiwan Di Zoo Negara

Bukan bantuan kemanusiaan sahaja yang Ebit Liew tawarkan, malah bantuan untuk haiwan pun ada. Sebaik Ebit mendapat permintaan Zoo Negara untuk menyelamatkan haiwan di sana, petang itu terus beliau menghantar 200kg daging lembu dan 500kg buahan dan sayuran. Kos makanan harian yang diperlukan bagi haiwan di zoo itu adalah RM1 juta sebulan.

#3 10 tan bantuan ke Sabah

Ekoran situasi pandemik di Sabah, Ustaz Ebit terpanggil untuk turut menghantar bantuan. Bantuan berupa keperluan asas seberat 10 tan dihantar menggunakan kapal kargo  My Jet Xpress Airlines ke Kota Kinabalu. Semua barang keperluan itu diperolehi dari pasaraya milik beliau iaitu Elewsmart.

#4 Elewsmart: Harga Terendah Pasaran

Risau dengan harga barang semakin meningkat, Ustaz Ebit membuka cawangan pasarayanya tersendiri untuk membantu terutamanya golongan bawah 40 (B40) dan pertengahan 40 (M40). Pasaraya beliau menawarkan pelbagai barang keperluan asas serendah RM1. Kini beliau memiliki 18 cawangan dan sedang mensasarkan 30 cawangan dibuka diseluruh Malaysia bagi terus membantu rakyat Malaysia menikmati harga bekalan yang murah. Lihat Cawangan Elewsmart

#5 Bantuan Untuk Penjara

Setelah menerima surat rasmi dari Penjara HQ dan Penjara Pokok Sena untuk meminta bantuan bagi warga penjara yang dikuarantin, Ustaz Ebit terus bergegas mendapatkan lori bagi tujuan menghantar bantuan. Sebanyak 200 tilam, 200 bantal, tuala dan cadar, 10 biji kipas, 2000 face shields dan barang makanan dibeli on the spot dan terus dihantar ke Kedah. 

 

Team di Maukerja mendoakan semoga Ustaz Ebit Liew sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Tuhan sahaja yang dapat membalas kebaikan Ustaz dan seluruhnya. Allah sayang. -MJ