Petua Hilangkan Migrain Tanpa Makan Ubat
# Gaya Hidup

Petua Hilangkan Migrain Tanpa Makan Ubat

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 14, 2020
pada 10:45 AM

Migrain adalah salah satu penyebab sakit kepala yang turut dikenali sebagai ‘Vascular Headache’. Migrain biasanya akan menyerang penyakit berulang kali. Biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja. Migrain boleh bermula di sebelah kepala dan kemudiannya melarat ke kedua dua belah bahagian kepala. Migraine boleh berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa. Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak.

Terdapat dua jenis migraine utama ialah Migraine Klasik (Classic Migraine) - dimana sebelum sakit kepala, tanda-tanda awal dikenali sebagai ‘aura’ atau ‘prodrome’ akan dialami sebagai tanda amaran. Aura yang dikenalpasti ialah nampak kilauan cahaya, garisan zigzag, penglihatan berbayang, kebas , pening, dan sukar bercakap dengan jelas. Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain akan menyerang. Kedua adalah Migraine Biasa (Common Migraine) - yang mana sakit kepala dialami tanpa amaran terlebih dahulu. Migrain jenis ini lebih kerap dialami, terutama di kalangan kaum wanita.

Cara hilangkan migrain:-

1. Kurangkan pengambilan makanan masin, berproses dan berkeju

Menurut kajian makanan yang mengandungi tinggi MSG boleh menyebabkan migrain yang teruk. Begitu juga jika pengambilan makanan yang berproses berlebihan kerana makanan ini biasanya mengandungi pengawet makanan dipanggil nitrat, yang berfungsi untuk mengekalkan warna dan rasa serta tinggi dengan tyramine. Makanan berkeju pula tidak elok untuk orang migrain kerana mengandungi paras tyramine tinggi yang terhasil apabila proses pecahan protein berlaku. Antara keju yang mengandungi paras tyramine yang tinggi seperti feta, parmesan dan keju biru. Namun begitu, bagi keju seperti mozzarella atau ricotta tidak akan menjadi masalah kerana keju ini dikategorikan sebagai keju ringan.

2. Tidur dan rehat dengan secukupnya

Jumlah jam tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada kumpulan umur. Secara am, ia disyorkan orang dewasa (termasuk orang tua) mendapatkan 7–8 jam tidur setiap malam. Namun begitu kajian di Malaysia menunjukkan purata rakyatnya tidur adalam 6.4 jam sahaja sehari. Mendapat tidur yang mencukupi penting untuk meningkatkan fungsi otak yang sihat, menjaga kestabilan emosi dan fizikal.

3. Elakkan minum minuman berkafein tinggi

Kafein ada baik dan buruknya. Pengambilan kafein yang terlalu banyak atau tidak mencukupi boleh menyebabkan migraine. Namun mengikut kajian, kafein sebenarnya boleh membantu menghilangkan migrain. Malah ia juga boleh melegakan sakit kepala dengan pengambilan sekali-sekala. Namun, jika anda mempunyai tabiat minum kafein harian, anda mungkin akan mendapat migrain jika anda tidak mengambilnya.

4. Pengambilan diet yang seimbang

Dari sekolah kita diajar mengambil makanan seimbang melalui piramid makanan. Tapi dah besar, lain jadinya. hehehe. Ingat, diet yang seimbang amat penting kerana boleh membantu tubuh korang awet muda secara semulajadi, mengelakkan masalah kesihatan seperti obesiti dan barah. Banyakkan minum air dan pengambilan buah-buahan menjadi faktor untuk mengelakkan migrain.

5. Elakkan stress

Stress boleh berlaku bila kita terlalu memikirkan sesuatu hal. Cuba untuk tidak stress dengan mengamalkan fikiran positif dan tenang. Kalau takboleh elakkan, cuba kurangkan dan jadi bagi ruang untuk stress ini menjejaskan kesihatan anda!

6. Banyakkan bersenam

Pergerakkan badan selama 60 minit seminggu boleh mengelakkan kegemukkan. Bukan itu sahaja, aktiviti ini boleh mengelakkan migrain. Korang buat je aktiviti apa yang boleh menggerakkan badan contohnya kerja rumah, senaman dalam rumah atau berjalan kaki. -MJ
BACA SINI untuk senaman mudah dalam rumah dan kempiskan perut

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia