Punca Menangis Tanpa Sebab
# Gaya Hidup

Punca Menangis Tanpa Sebab

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 14, 2020
pada 2:43 PM

Menangis merupakan salah satu bentuk ekspresi diri apabila korang melalui saat yang positif atau negetif. Menangis ni berhubung kait dengan emosi korang tau. Tapi pernah tak korang menangis tanpa sebab? Dia macam, korang taktahu apa sebabnya, tetapi korang rasa nak menangis je.

Bunyi macam pelik, tapi sebenarnya ramai yang menghadapinya sitasi macamni.Bila korang tanya diri sendiri pun, korang tahu apa jawapan dia. 

Rupa-rupanya ada beberapa punca yang menjadi faktor bagaimana hal ini boleh berlaku.

#Penat Mental

Setiap orang ada banyak masalah yang dihadapi. Ada yang bila ada masalah, mereka pilih untuk berkongsi dengan orang, dan ada jugak yang bila ada masalah, dorang ni prefer simpan sendiri. Bila simpan sendiri nilah yang banyak memberi kesan kepada mental seseorang itu. Bila banyak sangat terpendam didalam hati, secara taklangsung emosi itu diekspresikan dalam bentuk tangisan secara tiba-tiba.

 

#Sindrom Pramenstruasi

Sindrom pramenstruasi adalah kumpulan gejalan seperti pening, lemas, mood mudah beralih, menangis dan macam-macam lagi. Sindrom ini berlaku sekitar dua minggu semasa atau sebelum proses menstruasi. 

 

#Rasa kehilangan

Setiap orang datang dan pergi. Kita semua tahu tu tapi bagaimana kita menghadapi situasi begini? Tambahan lagi jika kehilangan orang yang amat disayangi. Jiwa seseorang yang menghadapi situasi ini mudah terasa berat. Tiada apa yang boleh dilakukan selain membuatkan emosi rasa sedih.

 

#Terlalu banyak memendam

Seseorang yang suka memendam perasaan, mereka akan kelihatan normal dimata orang lain. Walau diri dalam keadaan susah, sedih, ada masalah, tetap tunjukkan yang mereka normal seperti biasa. Bila terlalu banyak macamni, sampai satu tahap mereka ini akan menghadapi sakit seperti masalah pencernaan ataupun cepat pening. 

 

Ada antara ciri diatas berkaitan dengan korang atau orang sekeliling? Kalau ada, ajaklah mereka untuk duduk berbicara. Luahkan apa yang mereka rasa, dan korang sebagai pendengar, jadilah pendengar yang setia. Bantu mereka ini sebab orang macamni amat memerlukan bantuan.