4 Jenis Pekerjaan Tanpa Perlu Pengalaman
# Pengetahuan Pekerja

4 Jenis Pekerjaan Tanpa Perlu Pengalaman

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 21, 2020
text.at 3:20 PM

Ramai orang taktahu yang ada sesetengah pekerjaan tanpa perlu pengalaman bertahun-tahun atau tanpa pengalaman langsung wujud! Yang lagi best, kerja macamni siap boleh dapat tambahan komisyen dah elaun yang tinggi. Kadang-kadang tu, gaji basic pun dah tinggi. Jom kita tengok senarai jawatan tersebut.


Khidmat Pelanggan (Customer Service/ Helpdesk)
Walaupun sistem Virtual Assistant yang menggunakan BOT telah diperkenalkan dan banyak digunakan, tapi ianya masih belum mampu menandingi kecekapan manusia dalam menyelesaikan masalah pelanggan. Pekerjaan ini biasanya mengambil “entry level” tanpa pengalaman kerana latihan akan disediakan dan fokusnya adalah untuk membantu pelanggan menyelesaikan masalah. Teknik pengendalian juga akan berbeza tetapi kemahiran asas seperti bertutur dengan baik dan mampu mengawal emosi diperlukan

Gaji ditawar: RM2,500 dan keatas (tidak termasuk komisyen- boleh mencecah sehingga RM7,000++)

Manfaat: Gaji Basic tinggi. 



Jurujual Atas Talian (Telesales)

Skop kerja lebih kurang macam jurujual, cuma ianya melalui talian. Pernah dapat panggilan dari syarikat Astro, Maybank, Aeons Credit dan lain-lain untuk korang upgrade service? Haa ini adalah antara skop kerja yang mereka lakukan. Selalunya mereka yang bekerja sebagai telesales ini dah tahu senarai target mereka kerana disediakan syarikat. KPI mereka dikira berapa banyak panggilan yang dibuat dalam masa sehari. Syarikat yang menawarkan jawatan ini akan menyediakan latihan sebelum korang mula bekerja. Jadi takpayah risau ada pengalaman ke tak.

Gaji: RM2,000 dan ke atas

Manfaat: Ada komisyen, elaun telefon


Jualan & Pemasaran (Sales & Marketing)

Kemahiran yang kena ada untuk masuk dalam bidang ini, korang perlu pandai berkomunikasi dan kreatif. Mengikut keperluan syarikat jawatan, bidang ini menawarkan pekerjaan atas talian atau on field. Apa yang penting tentang jawatan ini ialah, korang kena paham dan tahu produk atau perkhidmatan yang ingin dijual dan di pasarkan. 

Gaji: RM2,000 dan ke atas

Manfaat: Gaji asas disediakan, tambahan komisyen berdasarkan sasaran jualan yang perlu dicapai, elaun seperti telefon dan transportation.


Ejen Insurans (Insurance Agent)

Bagi jawatan ini, korang biasanya akan direkrut oleh ejen-ejen mereka yang lebih senior. Ada sesetengah syarikat insurans mewajibkan korang jawab exam dahulu sebelum layak menjadi ejen mereka. Selalunya pengrekrut insurans akan guide sehabis mungkin supaya korang berjaya mendapat jualan yang disasarkan. Jadi, buang rasa malu dan go for it!

Gaji: Komisyen tinggi berdasarkan jualan

Manfaat: Masa kerja fleksibel

BACA LANJUT untuk Tips semak latar belakang syarikat sebelum pergi interview KLIK SINI