Macam Mana Game Streamer Dapat Duit?
# Gaya Hidup

Macam Mana Game Streamer Dapat Duit?

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 21, 2021
pada 7:06 PM

Sekarang dah jadi trend orang mula berkecimpungan dalam bidang sebagai streamer dan youtuber. Yelah, kalau korang ingat streamer yang bernama MissRose Gaming (nama sebenar Roslinda Embran), beliau pernah meraih RM18,000 waktu mula-mula jadi streaming. Sementara itu game streamer Soloz pernah dapat RM255,000 sebulan. Masyuk macam ni, siapa tak mahu? Tapi persoalannya, macam mana game streamer dapat duit?

Game streamer ni sebenarnya mereka akan buat live streaming untuk orang lain tengok dorang main game. Setiap live streaming, mereka perlu berinteraksi dengan penonton. Jadi, untuk memastikan penonton terus setia tengok mereka main game, mereka perlulah sediakan content yang berkualiti. Semakin bagus content yang diberikan, semakin tinggi viewers dan lagi banyaklah dapat duit!

Kebanyakkan streamer ini, mereka lebih suka menggunakan Facebook atau Youtube kerana rakyat Malaysia banyak menggunakan platform ini. Yelah, kalau buat dekat platform yang takramai target audience, tak ke jadi buang masa je? 

Bagaimana jana duit melalui Facebook dan Youtube?

#1 Melalui pengiklanan (advertisement)

Facebook: Facebook Live akan beri game streamer untuk set up iklan sewaktu mereka tengah live. Satu syarat untuk melayakkan mereka set up iklan ni bila dorang ada penonton lebih dari 300 viewers. Untuk pengetahuan korang, iklan yang di set ini pula tidak boleh di skip, jadi penonton pun takde pilihan, kalau nak tengok streamer mereka, kenalah tengok iklan tu jugak.

Youtube: Youtube akan menyediakan requirements kepada streamer, dan jika mereka lepas requirement tersebut, baru lah game streamer ini boleh mula dapatkan pendapatan melalui pengiklanan. Pengiklanan di youtube sedikit berbeza sebab iklan akan siap sebelum live dan sewaktu pertengahan. Selain itu, iklan juga kan ditayang secara overlay di screen. Secara kasar, game streamer boleh raih USD$18 untuk setiap 1,000 ad viewers

#2 Melalui derma (donation)

Game streamer boleh prepare link mereka sendiri untuk penonton menderma. Mereka biasa akan menggunakan Patreon, Streamlabs atau mana-mana platform yang mereka suka. Jadi, untuk pastikan penonton alert tentang link donation ini, streamer ni kenalah selalu mention pasal link tu. Ada ke yang akan derma? Eh mestilah ada!

 

#3 Langganan (Subscription)

Facebook: Penonton juga boleh langgan game streamers yang mereka suka berdasarkan bulanan pada harga RM12.90. Apa yang penonton dapat bila langgan? Ianya terpulang kepada content game streamer tu sendiri. Kalau best, ramailah orang akan langgan. Kalau takbest, sendu jelah.

Youtube: Dengan membayar RM10 sebulan, penonton boleh sponsor game streamer ini melalui Channel Membership Program. Faedah yang korang perolehi kalau sponsor streamer ni, korang akan diberi badge khas dan ruang chat dan emoji yang istimewa. 

 

#4 Facebook Gaming Star

Penonton kena beli dulu star dan semasa tengok live, dorang boleh bagi star ni kepada game streamer yang dorang minat. Setiap 1 star yang game streamer dapat bernilai USD$0.01. Jadi semakin ramai viewers bagi star, semakin banyaklah pendapatan streamer. Cumanya, streamer hanya boleh keluarkan duit dari janaan ini setelah mencapak 10 ribu star ke atas sahaja.