Rupanya Ini Cara Jana Duit Melalui Youtube
# Gaya Hidup

Rupanya Ini Cara Jana Duit Melalui Youtube

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 21, 2021
pada 5:42 PM

Jana pendapatan melalui Youtube dulunya amat mudah. Asalkan korang ada content yang bagus, dapat jutaan tontotan dan penjanaan melalui pengiklanan. Sekarang, content creators perlu pengaksesan lebih dari itu untuk menjana pendapatan melalui content mereka. Tambahan lagi dalam dunia pengiklanan di Youtube, pelbagai cara telah di perkenalkan seperti tajaan korporat dari jenama-jenama besar, fan funding dan penjualan merchandise. Tak hairanlah sekarang pun ramai selebriti sudah mula berjinak-jinak menjadi content creator di Youtube. Takkurang juga personaliti seperti Azfar Heri, Bella Khan dan juga Ebit Liew, menggunakan platform ini untuk menjana duit melalui content kreatif mereka. Ini Cara Jana Duit Melalui Youtube.

#1 Google Ads

Langkah pertama untuk jana duit melalui Youtuba adalah dengan join program Youtube Partner. Dekat sini partnerships akan beri kebebasan kepada content creator untuk mengakses aplikasi khas seperti kebolehan untuk menjana pendapatan melalui video menggunakan Google Adsense. Untuk melayakkan diri ke Youtube Partner, korang perlu ada sekurangnya 1,000 subscirbers dan 4,000 jam jumlah terkumpul masa tontonan dalam tempoh 12 bulan. Ini 3 perkara penting yang korang perlu tahu mengenai Youtube Partner:-

1. Penjanaan pendapatan melalui Youtube adalah melalui video dan juga sebarang format pengiklan yang diperkenalkan.

2. Pengiklan akan membayar berdasarkan jumlah klik dan juga impressions. Youtube memberi 55% daripada jumlah bayaran kepada content creators. Selebihnya adalah milik pihak Youtube sendiri.

3. Content creators mesti patuh kepada guideline yang telah dipersetujui. Contohnya, content lucah, bahasa kesat dan keganasan adalah tidak dibenarkan.

#2 Brand Sponsorship (Penajaan Korporat)

Salah satu pengiklanan yang menguntungkan adalah dari tajaan dari jenama-jenama besar atau juga dikenali sebagai "influencer marketing". Sesebuah syarikat akan membayar content creator untuk mempromosikan produk atau jenama mereka di dalam video. Contohnya, Youtuber terkenal Michelle Phan mendapat perhatian jenama Lancôme kerana kerap membuat content video mengenai produk tersebut melalui make up tutorial beliau.

#3 Fan Funding

Adalah antara cara yang popular digunakan di youtube melalui program memberships. Fans dan pengikut (followers), akan membuat pembayaran bulanan untuk mendapatkan content terawal. Selain itu, mereka yang melanggan juga akan diberikan badge, emoji, video dan live chat yang khusus. Youtubes partner yang mencapai lebih 30,000 pelanggan boleh boleh menjana pendapatan melalui kaedah ini. 

#4 Penjualan merchandise

Youtubers partner boleh menjual lebih dari 12 merchandise kepada penonton mereka jika mereka menggunakan feature ini. Contohnya seperti Jeffree Starr, beliau mendapat jutaan jualan melalui penjualan barang kosmetik kepada peminat mereka.

Kalau ramai yang dah cuba dan berjaya, korang pun pasti boleh. Mungkin awal-awal korang boleh jadikan sebagai hobi dahulu sehingga berjaya menjana pendapatan yang diinginkan, bolehlah korang focus dalam bidang ini.