Tanda Hitam Pada Ubat Gigi Paling Bahaya?
# Gaya Hidup

Tanda Hitam Pada Ubat Gigi Paling Bahaya?

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 31, 2020
pada 9:40 AM

Sekarang ni kalau korang tengok ubat gigi di pasaran kan, terdapat pelbagai jenama yang dijual. Bukan tu sahaja, jenama-jenama tersebut pula menawarkan jenis ubat gigi yang mengandungi manfaat yang berbeza. Ada untuk pemutihan seperti berlian, membunuh kuman dengan cepat dan banyak lagi. Dari segi fizikal terlihat sama sahaja. Namun, perhatikan secara teliti semula, terdapat beberapa tanda pendek di setiap hujung tiub ubat gigi yang mempunyai warna yang berbeza-beza. Tapi apakah yang dibawa maksud oleh warna-warna tersebut? Betul ke tanda Hitam Pada Ubat Gigi Paling Bahaya?

Baiklah, sebelum kita terus menerjah jawapan, tular di sosial media orang membuat andaian warna label di tiub ubat gigi adalah berdasarkan teori dibawah:-

Hitam = Mengandungi bahan kimia sepenuhnya

Merah = Mengandungi campuran bahan kimia dan bahan semulajadi

Biru = Mengandungi campuran komposisi semulajadi dan ubatan

Hijau = Mengandungi 100% bahan semulajadi

Orang ramai mula menjadi panik kerana teori diatas mengatakan tiub ubat gigi berwarna hitam adalah paling berbahaya kerana mempunyai bahan kimia yang sepenuhnya. Betul ke ni? 

Namun begitu, penjelasan sebenar telah diberikan mengikut laporan media yang dikeluarkan, tanda label yang didapati di tiub tersebut adalah sebahagian dari proses pengeluaran tiub ubat gigi. Tidak kisahlah bagi jenama apa pun, mesti ada label sebegini. 

Menariknya, disebalik tanda tersebut, tersembunyi maklumat yang boleh di baca oleh sensor pancaran cahaya. Tap, apakah fungsinya? Fungsinya ialah untuk memaklumkan mesin pengeluar ubat gigi di mana tiub itu patut dipotong, dilipat atau digam. Itu sahaja! 

Tanda berwarna ini diwujudkan dalam pelbagai warna dan bukan biru, hijau, merah dan hitam sahaja.

Warna berlainan digunakan bagi pelbagai jenis pembungkusan, ataupun bagi pelbagai jenis sensor dan mesin.

Apa jua warna yang anda lihat pada tiub ubat gigi anda, fungsinya tetap sama.

Tetapi untuk tahu jika produk itu merbahaya atau tidak, silalah rujuk kepada ramuan yang tertera pada labelnya. 

Baca sini untuk semak senarai produk beracun tahun 2020 KLIK SINI